4 Mati Dalam Nahas Kemalangan Ngeri Lori Terbabas dan Melanggar Bas Ekspress di PLUS Kerian, Bukit Merah

| July 28, 2011
 

Panjang betul tajuk entri nahas kemalangan jalan raya kali ni. Kemalangan maut tempatan ini yang melibatkan sebuah lori trailer dan bas ekspress telah berlaku malam tadi di Bukit Merah. Tiba-tiba teringat pula video kemalangan lori dan lori di Taiping beberapa tahun yang lepas (LINK). Untuk kes yang baru berlaku 28 Julai ni, mula-mula aku dengar 5 orang mati. Pastu berubah kepada 4 mati pula. Mana satu betul aku tak tahu, yang betulnya ialah dari BERNAMA kot. Aku nak cakap yang sebenarnya lori-lori kat jalan raya Malaysia ni amatlah berbahaya. Mana tidaknya, depa guna tayar celup untuk operasi jarak jauhnya. Pastu bila sampai waktu untuk pemeriksaan berkala oleh PUSPAKOM, depa tukar tayar celup tadi dan sewa tayar lain yang boleh lepas pemeriksaan PUSPAKOM. Sudah dapat “lulus” dari PUSPAKOM, depa akan kembali tukar kepada tayar celup depa yang usang tu. Korang bagitau aku, siapa yang tak pernah nampak cebisan tayar lori pecah kat jalan raya? Aku yakin semua pernah nampak kan. Ada tiga hipotesis/andaian aku dalam kes kemalangan ini, berdasarkan pengalaman beberapa tahun dalam bidang penyiasatan kemalangan ni. Note: Aku belum pergi ke lokasi dan tengok gambar kemalangan pun lagi.

1. Tayar kanan lori pecah, steering locked ke kanan, lori hilang kawalan dan menuju ke tengah penghadang jalan raya, langgar dan melepasi guardrail ini disebabkan saiz lori yang besar dan melanggar bas ekspres yang “kebetulan” berada dalam laluan babasan lori tadi.

2. Pemandu lori mengantuk dan terlelap (mungkin akibat kehilangan kesan ubat pil kuda), terus langgar middle guardrail dan langgar bas dari arah bertentangan.

3. Pemandu lori ingin mengelak “something” (mungkin lembu ke, kereta yang bawa perlahan ke, hantu ke hehe) di tengah jalan dan bla bla bla, langgar bas ekspres dari arah bertentangan.

Jadi korang rasa mana satu yang betul. Aku pun tak tahu tanpa pergi sendiri ke lokasi kemalangan untuk mengumpul bukti kemalangan. Selepas tu, baru aku leh menganalisa kemalangan kenderaan berat ni secara teknikal. Al fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa. Berita terperinci tentang kemalangan bas dan lori ini ada di bawah. P/S: Ramadhan bakal menjelma lagi beberapa hari je lagi, ramai orang Islam yang tidak berkesempatan lagi untuk merasai keberkatan di Bulan Ramadhan. Kita yang masih bertuah ini, sudahkah bersedia untuk Ramadhan?

Kemalangan-Jalan-Raya Lori Bas
Gambar hiasan: Kemalangan bas dan lori selalu menghasilkan satu hasil akhir yang sangat ngeri dan sadis

KERIAN: Seorang anggota polis dan bayinya berusia setahun antara empat terbunuh dalam kemalangan sebuah bas dan treler di Kilometer 201.5 arah selatan Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 12.25 malam tadi.

Treler berkenaan dari arah selatan terbabas lalu melanggar pembahagi di tengag jalan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bas ekspres yang dalam perjalanan ke selatan mengakibatkan pemandu dan kelindan treler berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang penumpang bas ekspres iaitu anggota polis, Konstabel Abdul Shahrer Abu Hassan meninggal dunia di tempat kejadian dan anaknya berumur setahun setengah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Anggota polis itu bertugas di Simpang Renggam.

Pemandu bas dan isteri anggota polis berkenaan parah dan menerima rawatan di Hospital Taiping.

Sumber Berita: Berita Harian Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • saiz lori yanh besar
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. I says:

    Bas apa agaknya ye

  2. Tak tahu. Nanti saya bagitau. Co-worker saya yang pergi kes ni. Baru bertolak pagi tadi dari Kuala Lumpur.

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ’0 which is not a hashcash value.