Gambar dan Video Kuala Terengganu Selepas Dilanda Ribut Taufan

| June 20, 2011
 

Berita bencana tempatan di TV3 malam tadi amat sedih aku rasakan. Kasihan bandaraya Kuala Terengganu. Kepada yang tidak tahu, pada waktu malam 18 Jun 2011, hujan lebat dan ribut petir telah melanda Kuala Terengganu. Sekejap je pun, tak lama, lebih kurang 30 minit. Tapi cukup untuk meranapkan rumah-rumah, bangunan dan pokok-pokok. Walaupun tidak la seteruk ribut taufan di Amerika atau Ribut Agatha yang dapat mempadang jarak, padang tekurkan sesebuah bandar, tapi bencana ribut di Kuala Terengganu ini cukup memberi kesan kepada penduduk setempat. Berikut merupakan video dan gambar ribut Kuala Terengganu yang telah sempat diupload di Youtube oleh seorang penduduk Kuala Terengganu. P/S: Jangan sangka kita duduk di iklim Khatulistiwa yang stabil ini tidak akan diuji oleh Allah dengan malapetaka-malapetaka dasyat seperti mana yang berlaku di luar negara, bersiap sedialah. Jauhi diri dari kemaksiatan yang bakal mendatangkan azab Allah SWT.

Gambar Ribut Kuala Terengganu 2011 1
Gambar Ribut Kuala Terengganu 2011 2
Gambar Ribut Kuala Terengganu 2011 3
Gambar Ribut Kuala Terengganu 2011 4

KUALA TERENGGANU – Hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir, mengalami kerosakan akibat dilanda ribut malam tadi.

Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan.

Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan.

“Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini.

Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan.

Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama

Sumber Berita: Kosmo Online | Video: Explore Terengganu

UPDATE: Gambar dan Video Terbaru 27-09-2011 Ribut Taufan di Kuala Terengganu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • azab allah swt di dunia
 

Tags: , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.