Gambar Artis Masuk Wataniah Pakai High Heels? FAIL!

| June 17, 2011

Gambar Artis Masuk Wataniah Pakai High Heels? FAIL! | Sedikit hiburan di hari Jumaat. Baru-baru ni rakyat negara (termasuk aku) terasa hormat kepada segelintir artis-artis terkenal tanah air yang masuk program Wataniah. Tetapi seperti tajuk di atas, ada sedikit kekesalan di mana mereka telah mencemari pakaian celoreng tentera dengan memakai kasut tumit?!! ataupun high heels. Bak kata Khairy Jamaludin dalam laman twitternya, “Sokong selebriti masuk Wataniah tapi tolong jangan cemarkan pakaian tentera. Pakai loreng tak boleh pakai heels la. Fail.” Terbaik la abang KJ! Aku sangat setuju dengan komen ko hehe. Aku ada soalan la, bagaimana nak masuk atau menyertai kem tentera Wataniah eh? Ada sesiapa tahu? P/S: Aiyaa bila la aku nak masuk wataniah ni. Islam menyarankan supaya pemuda-pemuda Islam supaya sentiasa kuat dan bersedia untuk panggilan jihad. Hmmmm…

Selebriti Wataniah High Heel
Selebriti Wataniah High Heel lol

Artis Wataniah
IKON BARU…(dari kiri) Shaheizy, Ana Raffali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana dan Nurul Hidayah.

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, akhirnya niat saya menyertai Rejimen Askar Wataniah (Raw) menjadi kenyataan. “Selepas ini, saya akan meningkatkan stamina sebelum latihan asas sebenar bermula,” kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, dia berminat menyertai Raw kerana latihannya dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal. “Biarpun pernah mengikuti aktiviti lasak, saya perlu bersedia meningkatkan latihan membentuk stamina. “Kesediaan penuh penting kerana ia mampu membantu anggota Raw membina jati diri kukuh sebagai sukarelawan negara,” katanya selepas menandatangani borang di Majlis Penyertaan Selebriti dalam Askar Wataniah di bangunan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Artis lain yang turut mengambil bahagian ialah Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali dan penerbit filem, David Teoh. Selain artis, majlis terbabit turut mengesahkan penyertaan Nurul Hidayah yang juga anak perempuan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagi Intan Ladyana, keputusan menyertai Raw dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan diri.

“Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota Raw, saya jadi teruja dan terus bersetuju. “Di samping mengutip pengalaman dan menjalani latihan asas, saya juga mahu menyedarkan belia dan masyarakat luar artis juga boleh menyertai Raw,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembabitan selebriti dan artis popular dalam Raw bukan saja mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap imej ketenteraan malah berupaya menarik lebih ramai individu menyertainya demi mempertahankan keamanan negara. Katanya, kementerian menggalakkan penyertaan selebriti dalam Raw kerana golongan itu mempunyai pengaruh besar dalam kelompok masyarakat terutama remaja dan belia.

“Saya kagum dan berbesar hati dengan kesanggupan artis dan selebriti yang menyertai Raw untuk julung kalinya. “Matlamat kementerian masih sama iaitu memberi pendedahan kepada warga selebriti mengenai aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di samping menarik perhatian golongan muda untuk menyertai Raw,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya percaya penyertaan selebriti dalam Raw tidak sia-sia sebaliknya bakal muncul sebagai ikon baru golongan muda. “Hari ini (semalam) kita sudah menyerahkan pakaian seragam kepada artis yang menyertai Raw. “Mereka dijangka akan memulakan latihan asas selama 39 jam selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Bagaimanapun, sebagai memenuhi keinginan peminat mereka (artis dan selebriti), kita akan menjemput wakil media melaporkan kegiatan dan latihan pada hari pertama latihan dijalankan,” katanya. Selain menjalani latihan asas, artis juga dipelawa mengembangkan idea dan berkongsi ilmu dengan anggota Badan Kesenian kementerian berkenaan.

Sumber Berita: Metro Online | Gambar: Yfrog.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • cara tingkatkan stamina sebelum masuk askar
  • tentera wataniah

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Hiburan, Komedi

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (10)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. AW says:

    masuk askar tapi dress up macam apa,
    tahulah artis.. tp ingat ; masuk kem, dalam pakaian tentera ,
    kita semua dibawah payung diraja.

    give some respect

    memalukan..

  2. Tapi sebetulnya, ini hanyalah majlis pelancaran untuk depa masuk kem. Tiba2 mamat sorang tu soh depa pakai pakaian tentera, tapi tak bagi sekali boot. Tu la pakai high heels..hehehe..

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  3. masuk takat nak bergaya dan gelemor jerk nie. bukan niat iklas pun

  4. Yelah. Makin glemer seseorang artis tu, makin besar la periuk nasi depa. So glemer is periuk nasi mereka. Biarkan lah. Soal ikhlas ke dak tu, Allah je tau…

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  5. cucu emas says:

    inila artis nak berlagak lebih…agak2nya kalau tunjuk gmbar ni pada veteran tentera zaman dulu memang berbulu agaknya….. tambah lg aku anak tentera

  6. mamatkon says:

    sume cara tabik pn x betul..Ana rafali je ada sikit betul

  7. warga ATM says:

    walaupun hanya majlis pelancaran nak masuk kem ke apa ke, kene la hormat sikit aturcara pemakaian tentera.. ingat baju celoreng tu boleh ikut suka nak pakai ker? hanya yang terseksa dan betul2 memahami betapa penat dan lelahnye nak pakai baju celoreng tu.. bukan main ikut suka macam mak bapak dia punye askar!!

  8. Batrisyia says:

    Dah katik tu katik je lah…

  9. aku adalah aku says:

    kalau dah tak bagi boot jangan pakai.pakaian tak lengkap.tapi takkan tentera nak bagi pakaian tak lengkap untuk dipakai.tambahan majlis.yang lelaki bole pula lengkap.kalau macam ni punya gaya takkan kena lanyak punya dalam training.mesti dapat pelepasan.

  10. eyla says:

    kalu setakat masuk AW nk tunjuk diri tu glamor…x payah la…