Ustazah Paling Popular di Malaysia

| May 10, 2011

Sebelum ni aku dah bagitau ustaz paling popular di Malaysia. Sekarang aku nak bagitau pulak kategori ustazah pula. Aku yakin korang mesti nak tahu, siapa ustazah paling popular di Malaysia kan? Maklum la, ustazah ni kan ulama pewaris kepada nabi. Kalau kategori artis perempuan tau je korang yang paling popular, tapi kalau ustazah ni, hampeh sorang pun takmo nak ambil peduli. Korang dapat teka tak? Tapi takpe, bagi sesiapa yang ada perasaan ingin tahu, meh aku bagitau. Ingin aku bagitau, ustazah ni tak macam artis, artis takde title di depan seperti doktor (DR) atau engineer (IR). Tapi ustazah ada. Ni la bagusnya jadi ustazah. So korang dah tau ke siapa ustazah paling popular. Aku kasi pembayang sedikit. Ustazah ni bukan hanya mempunyai title ustazah di depannya, tetapi juga title dato’, bukan datin. Bukan calang-calang tau ustazah ni. Apa? Ustazah Dato Mashitah? Ish korang ni. Aku cakap ustazah yang betul-betul, bukan yang terlibat dengan politik. Tak payah teka-teka dah ustazah yang paling popular ni sebab aku nak bagitau dah…

Daripada carian Google Malaysia…setelah menaip “ustazah”, ini lah hasilnya…

Ustazah Paling Popular

Ustazah paling popular: 1) Ustazah Siti Nor Bahyah 2) Ustazah Nur (tak pernah dengar pulak aku, mungkin Nur Kasih kot hehe) 3) Ustazah Nurul (tak pernah dengar juga, Nurul apa?) 4) Ustazah Bahiyah (mungkin korang salah taip kot Bahyah jadi Bahiyah) 5) Ustazah Dirogol (aik? ini pun boleh keluar gak? Rakyat Malaysia ni memang gila seks la, dari pemimpin atas sampai ke melaun di bawah astagfirullahalazim)

Jadi siapa dia Ustazah Siti Nor Bahyah ni? Sungguh popular sekali dia ni dalam carian Google. Ni sedikit biodata dia, setelah aku bertanyakannya kepada Pakcik Google:

Nama penuh beliau ialaha Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood. Dilahirkan pada tahun 1966 di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud, Kedah. Melanjutkan pendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Memulakan karier sebagai seorang pendakwah yang berkebolehan. Berbekalkan ilmu, pengalaman serta teknik penyampaian yang berkesan, merupakan aset utama beliau dikenali ramai di kalangan masyarakat. Beliau sangat komited terhadap bidang pendakwahan secara profesional. Sering muncul dalam program TV, radio, majalah, akhbar dan menjadi duta pelbagai produk. Malah, suami beliau iaitu Ustaz Wan Akasyah juga merupakan seorang penceramah agama dikenali ramai dan sering muncul di program TV dan majalah. Sentiasa mendapat undangan ceramah, membentang kertas kerja dan seminar di seluruh semenanjung, Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei. Beliau juga merupakan kolumnis di Majalah Anis, Harmoni, Nona, Mingguan Wanita dan lain-lain lagi.

Telah menghasilkan 40 album pelbagai tajuk ceramah agama, motivasi dan tips dalam bentuk VCD, CD dan kaset. Mengarang 8 buah buku yang cukup bernilai. Dianugerahkan ‘OUTSTANDING ACHIEVEMENT’ dalam penjualan album daripada Telaga Biru Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Pengarah Urusuan Jalinan Berkat Sdn. Bhd. dan penasihat Hijrah Toyyibah Network Sdn. Bhd.

Ni biodata ringkas je la. Kalau nak yang penuh, gi minta sendiri dari Ustazah Siti Nor Bahyah. Kalau nak tahu kenapa dia paling popular di Malaysia, korang dengar la ceramah dia. Seorang ustazah yang ikhlas, yang tidak takut kepada apa-apa selain Allah. Yang hitam dikata hitam, yang putih dikata putih. Juga beliau banyak menyampaikan ilmu tentang rumah tangga dan kewanitaan. Ini lah ustazah yang sejati. Best juga ceramah dia. Cuba dengar ceramah dia di bawah ni:

Tajuk: Amalan Ibu Mengandung Part 1

Tajuk: Amalan Ibu Mengandung Part 2

Tajuk: Amalan Ibu Mengandung Part 3

Tajuk: Amalan Ibu Mengandung Part 4

Tajuk: Amalan Ibu Mengandung Part 5

Tajuk: Amalan Ibu Mengandung Part 6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • ustazah di malaysia
  • senarai nama ustazah di malaysia
  • ustazah dimalaysia
  • ustazah paling popular
  • ustazah paling popular di malaysia

Tags: , , , , , , ,

Category: Agama, Fakta dan Informasi

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.