Tazkirah Jumaat – Pahala Berganda dengan Al-Quran

Ketua kepada semua hari telah pun tiba. Hari Jumaat merupakan hari yang penuh keberkatan dalam agama Islam. Lagi berkat Allah jika dihiasi dengan tazkirah yang dapat menambah iman di dada. Aku yakin ramai di kalangan kita yang malas untuk baca al-quran, jauh sekali dari menelaah maksud dan sebab-sebab penurunan ayat-ayat al-Quran. Antara satu sebabnya ialah tidak lancar atau gagap dalam membaca al-Quran. Jika itu alasan korang, korang baru je melepaskan peluang pahala berganda. Malas nak cerita banyak-banyak. Ikuti tazkirah Jumaat di bawah ini. Semoga kita semua dapat manfaat. InsyaAllah.

Hadith

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda”.

Belajar IslamGambar hiasan: Pembelajaran ilmu-ilmu tentang Islam adalah seumur hidup, takkan habis sampai kita mati, kerana Islam itu bukan sahaja agama, tetapi juga cara hidup

Huraian

• Allah SWT berfirman: Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam. (Al-Waaqiah: 77-80).

• Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al-Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.

• Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain. (Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi).

• Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya.

• Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran.

• Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Add your comment

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com

CommentLuv badge