Gaji Guru Naik Banyak Januari 2012

| May 17, 2011

Sempena Hari Guru, berita baik untuk semua guru-guru di Malaysia. Mulai Januari 2012, gaji cikgu-cikgu akan naik mendadak. Kenaikan gaji asas guru baru itu lebih tinggi dari gaji asas seorang doktor gred 41 (gi check sendiri front page Berita harian Selasa 17-5-2011). Kasihan doktor kerja gila-gila, korban keluarga, rakan-rakan dan kehidupan, tapi tak dapat apa-apa. Patut la ramai doktor Malaysia lari ke Singapore dan luar negara. Aku ulang sekali lagi, gaji guru lagi tinggi melebihi gaji doktor! Gaji guru baru ni bukan lebih tinggi dari gaji doktor je, tapi lebih lebih tinggi dari gaji asas jurutera dan profesional di jabatan kerajaan. Ni aku cakap pasal cikgu yang lepasan diploma gred 32 ni. Gaji depa mengalahkan gaji profesional. Lepas ni aku yakin, Cikgu Shida, selaku cikgu paling popular di Malaysia dah malas dah nak buat video Youtube lagi. Aku harap kerajaan akan turut menaikkan juga gaji profesional-profesional lain yang berkhidmat dengan kerajaan, kalau tidak, aku yakin ramai yang lari dari negara. Tiket kapal terbang dah murah beb…

Cikgu naik gajiGambar hiasan: Komen seorang guru sekolah tentang kenaikan gaji mereka. NI UNTUK TATAPAN LAWAK JE. KALO ADA TERASA HATI. PENULIS MINTA MAAF. SEKIAN.

KUCHING 16 Mei – Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

“Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

“Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

“Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan,” katanya.

Sumber berita: Utusan Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • gaji cikgu sekolah menengah malaysia
  • gambar lawok
  • gambr lawak hilang kn beban
  • hiasan kelas Sekolah Menengah

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Pendidikan, Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (65)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. priya chandudat says:

    artikel paling bodoh penah dibaca……

  2. Kekeke sapa suruh baca…nampak sangat ko ni cikgu hahaha…no offense..

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  3. priya chandudat says:

    @Mohd Huzaifah Muntalip

    ha..ha.. aku bukan cikgu lah bro…. tapi aku baca akhbar tu dgn teliti… fahamkan maksudnya.. bukan buat tuduhan x tentu hala… ingat kata2 tu menyakitkan hati ramai pihak, tolong fahamkan betul2 yg tak berapa nak faham isu ni… buat orang sumpah seranah kat penulis tu dan x maafkan baru tahu… baca le ngan teliti….

  4. @Priya Aku setuju dengan ko. Penulis hanya bergurau senda je. Memang berita baik untuk guru. Cuma mungkin ada elemen dengki kat guru situ. Biasalah manusia…

  5. azreesamevo says:

    X DE sape pun dengki….kalau betul GURU bertugas dengan komited & beretika. YES…ada tapi x sampai 30 %. YANG lain kalau C percaya saksikan & renungkanlah sendiri. PALING banyak yang melepak depan rumah jam 4 – 5petang…CIKGU…Sabtu AHAD…Malam sure part time buat kelas tusyen… hmmmm…yang Doktor…Jururawat…PDRM…Tentera…Bomba…Penjara…terkial2 baru nak balik jam 5 ptg…Sabtu..Ahad kena on call la…duty khas lah….tapi X de elaun lebih masa pun…bukannya Swasta. Ok jangan marah fikir2kanlah…

  6. azreesamevo says:

    Salam…NAK tambah skittt…Kelulusan??? bebanan Kerja?? CIKGU2 ni…asyik CERITA pasal mereka….dah pergi buat DEGREE…MASTER….hmmm yang Doktor…Jurutera (Government Sector)…Jururawat…Pegawai Polis…Pegawai Tentera…X de Degree…Master… sama je kelulusan mereka. Bebanan kerja. Cikgu Nak mengajar…buat kelas tambahan…guru sukan…kelab guru…laporan bulanan …tahunan…dll lagi…Ambik Contoh POLIs. Tugas utama semua tahu…tapi tahu X lepas tu…kena buat laporan…statistik…seminar…mesyuarat…jawatan tambahan dalam jabatan…pegawai kenderaan la…pegawai kaunseling la…duta jabatan awam la…duta2 sekolah la…dll… So sama je brooooo… TAMBAH lagi…pernah kerja masa HARI RAYA PUASA…HARI RAYA HAJI… KRISMAS…TAHUN BARU CINA… JAM 3 pagi…dok meronda…jam 5 pagi serah laporan…jam 8 ada di pejabat semula??? pernah ke cikgu??? APA2 pun kalau betul gaji anda di NAIKKAN…TAHNIAH.. Anda tetap berhak. JUST AGAK MEMALUKAN PARA CIKGU X HABIS2 MENYALAK… dalam surat semua media…. menjatuhkan martabat korang sendiri.

  7. zinzin says:

    Yes!!! Agree!!! AKU respect Cikgu2 yg kerja di Pendalaman Sarawak…Sabah tu. Tapi aku lagi respect…Bro yg jadi Polis Hutan…Tentera…. 2 ke 4 bulan dalam hutan. X kira la pangkat Prebet/konstable yang bergaji RM1200 ke…atau DSP PDRM/Mejat Tentera yang bergaji RM 5000…dalam hutan mereka sama je. X de TV…X de paper..X de line HP..hari2 makan benda yg sama. Mana aku tahu…???Brother aku Tentera dan Polis. kakak aku CIKGU…. so x boleh lah aku nak sebelah mana2. KELULUSAN??? bukanh Cikgu je ada Degree…kedua2 Abang aku …yg DSP…Ijazah Kepujian Undang2… YG Mejar Tentera Darat…Ijazah Kepujian Kejuruteraan Awam…. . KESIAN anak isteri kena tinggal… SO kakak…. Cikgu2..Sudah2 lah tu… SEMAKIN Cikgu pertikaikan..semakin banyak Cikgu2 mengugut kerajaan…bu Bapa…orang ramai makin HILANG RASA HORMAT pada Profesion Perguruan.

  8. Hadri says:

    @Mohd Huzaifah Muntalip

    Nampak sgt kau bodoh..kesian cikgu yg ajar ko dulu..dah ajar penat2 bodoh jugak

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  9. Bodoh lagi orang yang baca tulisan orang bodoh. Kekeke. Lek la bro.

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  10. juaidy zakaria says:

    First of all good and simple article. Kita hormati guru sebagai pendidik generasi muda. Kita semua menulis, membaca blog ini pun hasil didikan guru guru kita yang terdahulu. Mereka menyumbang bakti kepada masyarakat. Tetapi kebanyakan guru kini (app 20%) lebih mementingkan wang dan keuntungan daripada tanggungjawab mereka untuk mendidik. Ini realiti yang terpaksa kita terima.

    Saya ada seorang sahabat yang bekerja sebagai seorang doktor di Malaysia dan beliau berasa tidak dilayan seperti seorang doktor. Bagi contoh mudah gaji permulaan basic doktor di malaysia maksimum RM 3500 untuk bekerja dari 7 pagi hingga 5 petang (if lucky which never happen) untuk Isnin hingga Jumaat. So kalau dibahagikan jumlah bayaran per hour adalah (RM 3500 bahagi (20 hari bekerja sebulan x 10 jam bekerja sehari) = RM 17.50 per hour). Kalau oncall dibayar RM 100 sehari regardless how many hours. So kalau katakan oncall 3 kali seminggu Isnin, Khamis dan Ahad. Isnin dan Khamis dari 5 ptg ke 7pagi esoknya = 14 jam x 2 hari = 28 jam. Ahad oncall 24 jam. Total earned for 3 days oncall is RM 300. Per hour income RM 300 divide by 52 hours = RM 5.82 per hour.

    Saya percaya jika saya mengemis di tepi jalan saya boleh dapat lebih dari RM 6 sejam. Isnt it an insult to the doctors who have basically 3 degrees (Medicine, Surgery and Obs) and earn RM 6 per hour for their expertise in saving life??

    Kita lihat pada guru pula – Gaji basic katakan RM 2000 per month. Waktu bekerja 7 pagi hingga 2 petang Isnin hingga Jumaat. Payment per hour ((RM2000 divide by (35 hours per week x 4 weeks) = RM 14.30 per hour. Dan perlu diingatkan kebanyakan guru ada membuat private tuisyen.

    Dari segi bebanan kerja saya sendiri pernah menjadi guru sandaran selama 2 bulan (covered Math and English teacher). Dari segi bebanan kerja tidaklah sesibuk mana. Saya juga membuat kertas peperiksaan, menanda kertas peperiksaan, menyertai ko-kurikulum etc…. my mom was the principal of the school so she asked me to do the whole lot of jobs sebab guru yang asalnya disuruh buat kerja tak boleh diharap. I found it a bit busy but acceptable. Jika anda tidak pernah merasa oncall sebagai seorang doktor (which is about 36 hours working) saya cadangkan cuba pergi ikut doktor oncall. Then you guys will know yourselves.

    Saya bukan ingin memandang rendah guru, tetapi kerajaan harus berbuat sesuatu jika tidak ingin doktor doktor lari ke luar negara. But trust me if the young doctors emigrate to other country kerajaan bukan akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, tetapi akan melaga-lagakan doktor dan masyarakat dengan menggembar gemburkan bahawa kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta duit RAKYAT untuk seorang doktor dan inikah balasan doktor kepada RAKYAT. Pandailah pulak cakap wang tu wang RAKYAT, tetapi kalau untuk kegunaan pemimpin mereka katakan wang KERAJAAN. Sekian terima kasih

  11. Thanks bro. Memang spot on to the issue. Dah boleh jadi part time blogger dah ni, ke memang dah ada blog? Hehe…

    Tambahan info. Aku baru tahu kenapa kerajaan sangat takut dengan golongan guru ni. Sebab dalam sejarah kita, 30-40 years ago, pernah terjadi guru mogok tak mengundi BN, lalu BN tak menang dengan selesa dalam pilihanraya. Tu la golongan guru ni sangat dijaga oleh BN. Nak jaga golongan doktor? Doktor takde masa nak mengundi pun tapi sangat diperlukan sebab kalau sakit, sapa nak rawat, duit berjuta-juta pun takleh nak beli kesihatan. Sekian.

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  12. azam says:

    bagus ni….ada ke??

  13. kalau BN menang pilihanraya kottt… :)

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  14. budak johor says:

    korang yang komen ni pun sama. sibuk dgn gaji. kalau ikhlas bekerja jgn dok sibuk sgt pasal gaji. ntah ape2 lah korang ni. pigi dah

  15. jezz lenz says:

    Ayat je yg sedap tu.Ingat senang ke nak dpt guru itu,guru ini….Yg dpt naik pangkat tu pun jwatan hakiki,xnya time based.Ckit je jumlahnya….Jgn byk songeh la….try jd cikgu dulu sebulan trutama d sek menengah.Lpas tu nak komen…..komen la.Sblum sya jd cikgu,sya prnah jd kerani,jd pembantu klinik dan mcm2 lg.Kerja cikgu ni plg stress la

  16. Kerani? pembantu klinik? dan macam2 lagi? kerja-kerja macam ni yang dibanding ngan guru, memang la guru lagi stress. Artikel di atas membandingkan kerja-kerja lain seperti doktor dan jurutera. Jauh beza. Mana boleh banding kereta Myvi dengan kereta Honda Accord. Kalau nak banding Honda Accord dengan se”variant” dengannya, seperti Toyota Camry, Mazda 3 ke. Paham dak?

    P/S: Semua kerja pun stress, ikut kemampuan masing-masing dari segi pengalaman dan keterpelajaran seseorang.

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  17. nua says:

    rm2000 n rm3500??kan ke beza tu…zaman skang ni rm2000 da xbape nak hidup senang..bayar kreta,umah,pembelanjaan keluarga,hutang PTPTN,dll…tp ok la..xde la hdp susah..tetap bersyukur kerana masih ada kerjaya yg lg rendah gajinya..tp dktor yg rm3500 sebulan pun nak pertikaikan gaji mereka..nape ek?sbb nak bayar umah 3 tingkat?kreta 100k lebey?hrmm~ cikgu nak capai 3500 tu berbelas tahun kerja baru merasa~ ape2pun..tggjawab n amanah tetap perlu diutamakan..tu yg akan dinilai nanti =)

  18. Aah betul Nua. Yang paling penting kerja semua kena ikhlas…

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  19. Lady Nad says:

    kesilapan seorang doktor, mati satu pesakit,
    kesilapan seorang guru, rosak satu generasi..

  20. Dua2 pun penting…tukang masak pun penting…

  21. rajinbersuaralembut says:

    1. JANGAN ADA DENGKI dan MELUAT JIKA GAJI GURU NAIK LAGI.

    2. JADILAH INDIVIDU YG BIJAKFIKIR dari mana DATANGNYA KUASA MELULUSKAN GAJI NAIK INI.

    3. TUBUHKAN KESATUAN YG KUAT DAN LANTANG MEWAKILI KERJAYA MASING2 UTK PERJUANGKAN HAK DAN KEISTIMEWAAN.setakat ‘menyalak kpd sesama rakyat tiada hasil.

    4.INI BUKAN PASAL ADA SIJIL<DIPLOMA<IJAZAH<SARJANA<DOKTOR FALSAFAH semata-mata. kita sepatutnya HARGAI insan2 yg bersusah payah utk dapatkan kertas kt atas tu.ta kira la…'bangsa' pekerjaan. takdir la kan.

    5.SEMUA PEKERJAAN ADA PENANGAN STRESS.yang rasa BEBAN BYK tu SBB dia takleh nak COPE STRESS dia kut.hehe…SABAR…

    6.EH bukan ke JURUTERA, LAWYER & DOKTOR (jz 4 exmp) DITAJA masa STUDY? JPA & MARA kan?…aku TGK MOSTLY GURU2 tym study pakai duet PTPTN nyer…? mesti byk loan na byr ni kan pas keje…SYUKURLAH kan dpt keje hebat & fofuler…STRESS off stress off..

    7. AKU MARAH kt KERAJAAN bukan GURU.SBB K'J ta BANTU ORANG MISKIN & SEDERHANA. ESP harga BARANG2 & SERVICE ta dikawal. TAK KISAH! ada KUASA tu MIND la sket…eh!!!! kan K'J ada KUASA?..ker da ILANG?

    JAN GADO2…GODA2 bley kut!

  22. Betul2. Ni semua salah kerajaan. Haha…

  23. rajinbersuaralembut says:

    KPD yang NAK TAHU SGT psl gaji2 GURU vs DOKTOR (just bg exp utk korang tgk dlm skala kesedaran hati & minda)…sila search kt MR Goog,Yah etc…aku DOK PIKIR jg..KLU GAJI GURU ni HEBAT bebenor…agaknya sikit masa lagi byk DOKTOR2 ke, LAWYER ke, ENGINEER ke, BUSINESSMAN ke…resign nak JD CIKGU! muwarhahaha LAWOK eh komen kt PIC atas tu..yg keje POLIS, ASKAR,J’RAWAT, KERANI etc etc…SABAR sabar…syukur ada gak keje bergaji setimpal dgn keikhlasan masa mula2 di temuduga dulu…TERINGAT: ” ADAKAH ANDA SANGGUP DIHANTAR KE PEDALAMAN UTK BERTUGAS?”…”ADAKAH ANDA SANGGUP BEKERJA LEBIH MASA TANPA IMBUHAN?”…”ADAKAH ANDA SANGGUP MENERIMA KERJA INI DGN GAJI KECIL INI?”…klu kemudian ari ta sanggup senang je, rezeki lain ada.asal ada kesanggupan nak REDAH KESULITAN kerja baru…selamat semoga sama2 menginsafi kekurangan yg bukan satu hinaan sy rasa utk diri kita..INGAT ada insan yg lebih susah tp ringan MULUT BIBIR MULUT HATInya bkata…”CIKGU, terima kasih kerana mendidik anak saya.kalau saya ada 11 org anak.cikgu ada lebih 30-50 ramai anak yg tiada hubungan darah utk dididik.sungguh besar pengorbanan cikgu.”….setimpal gaji yg diberi… peacemind :)

  24. hmmm says:

    Excuse me cikgu lepasan degree bkn diploma. Kalau nak kutuk org, at the very least, selidik betul2 dulu. Cheers.

  25. abdul mateen says:

    Salam.
    Saya seorang doktor kerajaan sejak hampir 7 tahun yg lalu.
    Alhamdulillah basic degree mak bapak saya yang bayar dan latihan / exam post grad pun saya bayar dgn duit hasil keringat saya sendiri.
    Kerja yang saya lakukan memang saya rasa tak setimpal dengan gaji yang saya terima.
    Saya memang berharap kerajaan dapat duduk dan semak balik skim gaji doktor serta bebanan kerja yang para doktor hadapi. Saya tahu semua orang kerja pun penat dan stress tetapi hanya doktor sahaja tahu apa jenis tekanan fizikal dan mental yang dihadapi terutama yang berkerja di hospital hospital besar yang sibuk.
    Kurang waktu tidor , bekerja 35 jam tanpa henti hingga 6 – 7x sebulan , cuma satu atau 2 weekend yang betul betul cuti dlm sebulan. Start kerja pukul 7.30 , balik lepas pukul 6 dah menjadi perkara biasa Dr di Malaysia. Accident kereta lepas balik on call pun perkara biasa.
    Tahun ini sahaja 3 kawan2 ‘Dr couple’ yang bercerai berai kerana stress dan kualiti hidup yang buruk.tak hairanlah ramai Dr Malaysia tak kirala non malay ke or malay ke akan cuba utnuk keluar ke negara maju lain yang lebih pandai menghargai usaha , ilmu dan pengorbanan Dr.
    Memang hidup ni mencari pahala tapi pahala tak boleh nak bayar duit cikgu tuisyen.
    Kalau pihak berkuasa benar benar mamandang serius masalah ‘ brain drain’ di Malaysia , saya yakin penyelesaian dapat dicapai. Siapa yang nak keluar dari negara sendiri kalau kita boleh hidup dgn bahagia di samping mak bapak dan keluarga lain?
    Saya memang sayangkan negara saya tapi saya rasa saya tak mampu untuk bertahan lama dgn gaya hidup macam ni utk jangka masa yang lama. Dr selalu dikatakan tidak patriotik tetapi saya cabar sesiapa saja untuk cuba hidup dalam rutin seorang Dr selama seminggu. Saya rasa kalau kereta kita kerjakan macam tu pun boleh jahanam.

    Tentang gaji guru , saya tumpang gembira dgn kenaikkan gaji mereka.
    Kalau kita kaji sejarah dunia , antara langkah langkah yang diambil oleh penguasa di Jepun dalam proses pembangunan negara dan rakyat mereka adalah menaikkan gaji mereka.
    ini memang mudah difahami. Manusia perlukan motivasi untuk cemerlang dan antara motivasi yang berkesan adalah wang. Sapa sapa pun macam tu. Gaji polis , tentera pun patut naik. Tengok kat negara mcm Australia , Polis sgt professional , gaji basic poLIs biasa AUD 3500. Gaji mereka cukup , tak perlu makan rasuah. Kalau gaji cikgu cukup , mereka pun boleh fokus dlm kelas, tak payah buat MLM. budak – budak belajar kat sekoah dah cukup. Tak payah pegi tusyen.

    So tahniah para guru , alhamdulillah di atas rezeki kamu. semoga lebih kuat berusaha dan menabur jasa. Untuk para doktor , jangan sedih…cepat cepat jadi pakar… Singapore , Australia , Canada , Saudi , Dubai , Oman menanti anda dengan dada dan tangan terbuka. Takpe , bumi Allah luas , rezeki ada di mana2 dan kita boleh berkhidmat di mana2 insya Allah

  26. Abe Dee says:

    Gred DG32 adalah gred kenaikan pangkat manakala Gred 41 adalah gred lantikan.Gred 41 adaslah setaraf dengan DG29 je bagi guru iaitu gred lantikan.Untuk gred 32 macam gred 44 baru sama besar imbuhannya.Nota: gred nombor ganjil = gred lantikan,gred nombor genap = gred naik pangkat

  27. safari says:

    slam ,,bro ckgu ko ptut syukr apa yg ko dpat kbayakan ckgu ni ego lbih…..

  28. saje nyibuk says:

    xyah dengki2. bkn bleh apa pn. kalu rs bagus sgt, p la mntak jd ckgu.. :-p
    mmg sy x nafi ada ckgu y x layak jd ckgu, p skolah cukup syarat je. bla ngaja, hampeh. rupa2nya dia x minat jd ckgu. bleh dkatakn ada segelintir jd jd ckgu sbb xde kje. blaja tgi2 smpai master tp bla kuar xde kje, tu y diorg mntak jd ckgu. sbnarnya golongn ni lh y mburukkn professional guru. jgn marah ye..ni adalh knyataan.

    sama jgak dgn polis. polis kaki rasuah la, polis ni jahat2 la. nape jd gitu, sbb polis y bawah2 ni (y pangkt prebet) klayakn nk jd polis cukup syarat je dh bleh jd polis. sy ingat lg, ramai kwn2 sy ms kt skolah mngah dlu diorg la y plg jahat (nakal) skali, result pn ntah hape2..tp abs SPM jd polis? ms tu sy fikir, cmne la nama polis x buruk kalu org2 cmni y jd polis..

    sama jgak la dgn guru, jgn krna nila setitik, rosak susu sbelanga. bkn sume guru cmtu. kta duk nmpak y buruk je, y baik2 kta pandang sbelah mata. ramai je ckgu2 kt luar sana y baik2. sume kje pnat, sume kje stress. tpulang pd kta cmne nk manage dri kta. y ptg bla kta kje, kta kje ikhlas, n krna Allah Taala. bla kta ikhlas, sume bnda nmpak baik d mata kta. bla x ikhlas, tu y buat kta slalu x puas ati, slalu mrungut n dengki-mndengki.

    ms sy skolah rndah, sy anggap ckgu biasa2 sj. bla masuk skolah mngah, sy jd bnci pd ckgu. nape ckgu suka sgt cr slah aku, itu dan ini. mmg sy bnci sgt2 dgn ckgu hnya krna ada sorg ckgu kt skolah tu y buat sy rs dunia ni mcm nk kiamat. tp bla sy masuk form 6, br la tau sy rs apa itu guru y sbenar2nya. ms masuk form 6, br la sy kenal ksh syg org y bnama ckgu. shnggakn sy sdri rs nk jd ckgu jgak krna ingn jd mcm diorg jgak. mereka2 ni sgt2 baik ati n sgt mgambil berat akn plajarn dri kami n jg dri kami. mgkn sy je sbelum ni y saje2 buat xnmpak kbaikn ckgu2 y lain hnya krna sorg ckgu y x layak jd ckgu…

    abs STPM, sy apply bhgian pdidikn tp x dpt. mgkin bkn rezeki sy kot, mgkn sy x dtakdirkn jd guru..sy ingt lg dlu2, sy pnah kata “Guru la pkerjaan y 2nd last choice aku nk jd” (sbb last choice sy ialah nurse..hehe. sy takut darah..). tp jd tbalik plak, ckgu la pkerjaan y sy nk sgt2 jd. Apa2 pn, sy sokong ckgu. Krna kalu bkn ckgu, sy x mgkin dpt jd PTD skrg ni.. trma ksh ckgu krna tlh mdidik sy n jg ank2 sy. Smga Allah mcucuri rahmat kpd sume ckgu2…aminnn…

  29. saja-saja says:

    kena jadi guru 2 tahun bukan 2 bulan baru komen.. kirim salam ngan mak ko.. bagitau dia klo gurunya tak boleh diharap boleh ka dia selesaikan semua perkara d sekolah tu seorang diri.. hmm.. baik ita keluar kata2 yang tidak menyakitkan hati orang lain..@juaidy zakaria

  30. saja-saja says:

    ntah apanya yang ego..@safari

  31. Guru prihatin says:

    Salam kpd semua. Muak dah saya dengar pasal kerja cikgu ni senang sgt2. Kalau cikgu zaman dulu2 memang sedap tapi sekarang dah berbeza dan lebih mencabar. Komen sperti kerja setengah hari, ada cuti semester yg panjang, boleh buat kerja luar, anak emas kerajaan dan lain2 , hanyalah bercakap ikut sedap mulut saja. Hakikatnya kerja guru ni sgt mencabar dan memenatkan. Mahukah anda bekerja pada hari sabtu dan ahad tanpa dibayar elaun lebih masa? Menjalankan tuisyen secara percuma kpd pelajar peperiksaan pada waktu petang dan malam, cuti semester dan cuti umum? Menggunakan wang saku serta kenderaan sendiri utk membawa pelajar semasa aktiviti luar? Dipanggil bertugas di asrama dan aktiviti luar siang dan malam secara percuma? Dimaki atau dipukul oleh pelajar dan ibubapa atau penjaga apabila terdapat kes2 disiplin? Kenderaan peribadi diconteng, diguris serta dirosakan apabila menegur atau memarahi pelajar? Dipanggil bertugas semasa bercuti utk menjalankan kerja2 amal seperti petugas majlis kerajaan, petugas banjir dan lain2 secara paksa rela? Meminta dan mengejar pelajar menjelaskan bayaran tambahan seperti ceti? Mengeluarkan wang saku utk menghias kelas, jamuan hari raya, hari sukan, majlis akhir tahun, majlis perpisahan, tabung kebajikan pelajar dan lain2? Mencari dan mengejar pelajar2 ponteng sekolah apabila dihubungi org awam? Itu baru sebahagian kerja sampingan guru disamping tanggungjawab utama mendidik anak2 menjadi manusia yg berguna. Kpd yg tahu komen saja, fikirkan kenyataan anda itu semula. TQ

  32. guruku says:

    salam semua, komen2 korang itu macam kita ini bukan kakitangan awam yang berkhidmat penuh iklas. Siapa kata gaji guru naik begitu sahaja. Pengumuman masa Hari Guru tempoh hari adalah kenaikan gaji bila naik pangkat berdasarkan tahap kenaikan pangkata seperti guru wibawa, pendeta dan sebagainya. Kenaikan gaji ini berdasarkan kenaikan pangkat dan perlu masa lama. Masa bajet itu guru hanya diambil sebagai contoh sahaja. Dan kenaikan gaji guru yang diumumkan hanya melibatkan kenaikan pangkat iaitu jika ada guru yang layak ke DG44 selama lapan tahun berkhidmat atau dari Dg44 ke DG48 baru naik gaji. Jadi kalau guru itu tidak naik pangkat maka tidaklah naik gaji. Dan semua jabatanpun sama sahaja.Guru yang naik pangkat sahaja yang naik gaji itupun berapa orang sahaja ,tak sampai satu ribu ,sementara guru yang tidak naik pangkat contoh dari DG41 ke DG44, DG29 ke DG32, guru ini tetap gaji asal mereka. Jadi tiada kelebihan bajet 2012 ini kepda guru mala bajet yang membebankan guru kerana semua yuran sekolah dihapuskan. maknanya semua perbelanjaan aktiviti samada melibatkan luar atau dalaman sekolah ditanggung oleh guru itu sendiri. Kebajkan pelajar, minyak sendiri, kereta sendiri, semuanya duit guru yang keluar untuk pelajar. Pelajar2 ini pla adalah anak-anak doktor, menteri, polis, jururawat, kerani, bomba, pegawai tinggi swasta, CEO2, jurutera dan banyak lagi. Nasihat saya, jangan melenting kepda guru jika tidak tahu perkara sebenar, kaji betul-betul pengumuman itu sama ada semasa Hari Guru atau dalam bajet 2012. Jangan hina guru kerana anda bekerja sebab guru ajar anda membaca A,B,C….Z.

    yang tidak naik pangkat tetap dengan gaji asal. Jadi bajet 2012 sebenarnya tiada
    jelebihan kepada guru. Gaji kerana naik pangkat inipun boleh naik juga walaupun bukan dalam bajet.

  33. solblade says:

    salam semua.. artikel kat atas tu kene byk lg wat kajian.. kalu gaji guru naik pun ..bukannyer dalam setahun leh cecah 5000 dalam masa setahun..Kena servis belas2 tahun..tu satu hal..pastu nurse ada overtime yang dibayar..guru mana ada..keje la sabtu ahad tak penah dibayar pun.. ada orang lain kesah???orang lain keje hari ahad ..bayaran siap double lagi. cikgu wat claim pun jarang dapat…Kenyataan nyer gaji jawatan awam lain lagi besar dari guru..
    gaji nurse campur OT ,..fuh…tinggi beb.. tu baru nurse..belum lagi doktor …PASTU BAB DOKTOR ONCALL.. CEH… tu jer kuar dari mulut aku..pikir2 kan lah..

  34. cococrusher says:

    Yang dengki tu apesal? aku tgk mmg cikgu skrg sibuk kot. jgn nak memandai ckp senang la. blk lewat petang. meeting hari2. igt goyang kaki ke? pegi la try jadi cikgu. igt senang ke nak melayan karenah budak2. aku bukan cikgu pun tau.

  35. cikgu says:

    senang cite la kan..doktor,jurutera,bomba,polis,askor,bloggers,sape yg ajar diowng?sape yg ajar abc?xke guru…?lgpn guru adalah pekerjaan yg paling mulia…pahala akan berjalan wlaupun mati….ptot sgt la diberi gaji sebegitu…..

  36. sirat says:

    hati hati kritik insan yg bernama guru. silap percaturan akan menyebabkan maruah secara amnya guru tercemar. maka terimalah padahnya kerosakan akhlak anak remaja spt mana yg berlaku sekarang. Dengan kata lain biadap dan ketidak puasan hati pada guru samalah spt akibat biadap dan ketidak puasan hati anak kepada ibubapanya.Bagi saya, salah pun guru kita mohon keampunan kepadanya tanpa dgn terbuka mengkritiknya. Dah dia bergelar guru tak kiralah dia bergaji atau tidak, kita patut sanjung dan menghormatinya walau pun buruk mana pun dia. Aku yang dah agak berumur 45 tahun ni , jumpa bekas guruku yg berumur 59 tahun tetap bersalam tunduk mencium tangan tanda terima kasih dan mohon keberkatan ilmu yg diajarnya. Wahai masyarakat, sesungguhnya bidang perguruan adalah satu bidang yg unggul dan unik maka tidak hairanlah dalm sekian byknya bidang ada doa khas diselitkan dlm khutbah jumaat khas buat guru. Cuma adakah masa doa itu dibaca anda ingat utk keampunan dosa guru anda yg mengajar anda pd tahun satu lagi. Aku rasa ramai yg dah lupa nama gurunya, syukurlah aku ingat, guru tahun satu aku ialah cikgu yusuf dari limbang. ustazah ramlah, cg muntaj jahan, cg hanifah, cg roziah, guru besarku cg osman, dan mdm lau moga guru guruku mendapat kebahagiaan dan keberkatan. terimakasih tak terhingga pd mereka. sebarang kesilapan mereka padaku jika ada akan tetap aku maafkan, Cuma aku sgt risau jika aku yg buat ksilapan sehingga menyentuh perasaannya adakah aku telah diberi kemaafan, moga mereka semua redha dgn ilmu yg mereka curahkan padaku…….

  37. cifu says:

    Wau, ebat benar curahan ati kalian ye. Amacampun bagi pihak guru aku nak ucap ksyukuran kepada yang Esa kerana rezeki melimpah ni. Memang geng, guru perlu sgt knaikan gaji ni sbab kami sigu-sigu dekat Sabah ini agak banyak tanggungan belnja tau. Ptama, pasal jarak rumah ke sekolah ada 120km pergi balik tiap ari plus jalanraya grabol bah. Kedua, antar anak-anak tuan ke sukan pelbagai peringkat dan pertandingan, kerajaan tak ado bagi tambahan peruntukan(ada sumbangan PIBGU tapi jauh dari cukup) serta antar anak-anak kalian ke klinik/rumah sakit terdekat dengan kereta guru(belum masuk kekotoran akibat muntah dll dalam kereta guru??? eh, kesian) dan belanja kecantikan kelas banyak dari kocek guru tau, itu baru beberapa aje keadaan….. last but not lest tahniah! guru-guru and keep on going God Bless Us.

  38. nurseKKM says:

    @solblade
    sorryla ok bro, nurse mana ade oncall, diaorg keje shiftlh, yg oncall cuma yang betugas dkt OT bukan OverTime tapi Operation Theatre. ydoktor pulak memanglh oncall tapi ada flat rate/tak boleh lebih. kalo lbh keje tak bebayar laa. bolehke kite keje lbh 24jam?. saya rasa cikgu pun tak boleh thn duduk selama 8 jam(office Hours) sekolah sbb tulah balik belum jam 5

  39. DOKTOR KKM says:

    pernah ke cikgu kerja 40 jam non stop? pernah ke cikgu kerja pagi2 satu syawal masa orang lain tengah enjoy ngan famili? pernh ke cikgu muntah-muntah sebab accompany patient dari kuala terengganu ke IJN, kl naik ambulance buruk? pernah ke cikgu kena ludah ngan patient schizophrenic?pernah ke cikgu bermandi air ketuban masa nak conduct delivery?pernah ke cikgu tertidur sambil berdiri masa round ngan subspecialist sebab tak tidur semalaman?

  40. Guru kecil says:

    Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia. Kawan-kawanku sekalian, rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah. Allah lah punca segala rezeki. Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah. Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya. Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapat rezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta. Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat rezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat, jin, syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu. Setiap bidang pekerjaan ada keistimewaan, cabaran, tanggungjawab dan maruah.. Jadi, usahlah kita saling mengata antara satu sama lain.. Bernyawalah kita untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Itukan lebih penting.. Asslamualaikum.

  41. DOKTOR KKM says:

    xadil gaji cikgu sama ngan doktor padahal doktor kerja sampai tak tidur2

  42. DOKTOR KKM says:

    KO KERJA RILEK. AKU KERJA SAMPAI TAK TIDUR LA BODOH

  43. DOKTOR KKM says:

    ayat guru kecil macam sial. kerja 8 ke 5 tapi gaji sama ngan orang kerja 40 jam nonstop

  44. Guru kecil says:

    Assalamualaikum saudara-saudaraku dan salam sejahtera saudaraku DOKTOR KKM.. Aku berbicara tentang soal “rezeki” yang datang dari Allah S.W.T. Kita bekerja berkonsepkan “ibadah” dan gaji (yakni duit) hanyalah ganjaran sementara di dunia yang “dipinjamkan” kepada kita oleh Allah S.W.T. Mengapa seorang DOKTOR boleh berbicara seperti kamu? Aku menghormati keistimewaan, cabaran, tanggungjawab dan maruah setiap bidang pekerjaan..

  45. DOKTOR KKM says:

    guru kecil, ko pernah lalui 40 jam tanpa tidur sesaat?

  46. Lady Nad says:

    ALLAH maha adil. buat apa dengki2..
    Rezeki Allah bagi.. insyallah mencukupi..
    andai ingat akhirat sana, pasti org takkan pertikaikan isu ni.
    mesti ada sbb kenapa dia bagi lebih atau kurang.
    Allahualam…

  47. DOKTOR HASIL ACUAN GURU says:

    KEPADA DOKTOR KKM.. CUKUP-CUKUPLAH MEMALUKAN GOLONGAN DOKTOR DENGAN PENULISAN MENGIKUT EMOSI.. RAMAI LAGI DOKTOR SELAIN AWAK, TAPI TAK ADALAH NAK MINTA LEBIH-LEBIH.. YANG PENTING KITA KERJA IKLAS DAPAT PAHALA UNTUK AKHIRAT YANG KEKAL.. DOKTOR KKM KALAU ASYIK MERUNGUT, KERJA PUN TAK BERKUALITI.. CUKUP-CUKUPLAH, ASYIK ULANG AYAT KERJA 40 JAM … YANG AWAK KERAP BUKA INTERNET, KERAP HANTAR KOMEN KE LAMAN WEB NI, ADA PULA MASA AWAK ? MANA KERJA AWK 40 JAM NONSTOP ? MAAFLAH DOKTOR KKM..

  48. fiz says:

    Siapapun kita, apa jua pekerjaan kita sekalipun dan apa yang kita dapat kita harus berfikir semula.Adakah tanggung jawab yang dilakukan itu setimpal dengan gaji yang kita peroleh.Walaupun saya masih menjadi guru pelatih saya rasa gaji yang akan diberikan kelak ini sebesar manapun besar lagi tanggung jawab sebagai seorang guru. Bukan senang nak mendidik manusia supaya menjadi ‘manusia’.Guru dahulu tidak seperti guru sekarang. Bebanan mereka berlipat kali ganda daripada tanggung jawab yang dipikul.Jangan menjadi anak murid yang tidak bersyukur. Keberkatan ilmu yang kita dapat,datang daripada guru juga selain daripada ketentuan Allah..

  49. Aku saja nak mencelah. Berpijaklah pada bumi yang nyata – Gaji guru naik banyak, gaji doktor naik sket sebab GURU-GURU ADALAH PENGUNDI TEGAR KERAJAAN (jumlah guru kat malaysia ni pun banyak), DOKTOR TAK MENGUNDI SEBAB TAKDA MASA (jumlah pun sket je). So make sense la kerajaan naikkan gaji guru. Buat apa nak naikkan gaji orang yang tak mengundi hehehehehe….

    Jadi semua orang, pi daftar undi cepat2 bagi yang belum. Pilihanraya dah dekat dah ni.

  50. melayu maju says:

    @Mohd Huzaifah Muntalip
    Dasar orang melayu proto… Bangsa yang susah nk maju mcm ni la pemikiran dan cara pemahaman dia. Penulis blog ni tahap akademik memang low. X tahu langsung pasal sistem gaji guru. Guru yang gred 32, hang tau dak kena kerja berapa puluh tahun baru sampai gred tu? Berapa banyak karenah murud2 dan ibu bapa, berapa puluh kali jatuh sakit, berapa puluh kali tukar sekolah, dan bermacam2 lagi rintangan dan bebanan terpaksa dilalui umtuk sampai ke gred 32 atau yang tinggi.! Kalau ko kerja kilang pun selama hampir 20 tahun dengan disiplin dan dedikasi pasti gaji naik tinggi sampai 3 – 4 ribu. kalau 10 tahun jadi operator kilang di tempat sama pasti akan dinaikkan ke pangkat Supervisor atau seangkatan dengannya. Paham ke x ni wahai blogger? Doktor pun kalau baru kerja memangla gaji rendah..sabarla untuk naik ke tangga gaji yang sepatutnya.