Gambar Perang Libya – Tentera Bersekutu UN dan Pemberontak

| April 9, 2011
 

Perang? Siapa di dunia ni yang suka perang? Takde sapa kan? Kecuali pemimpin-pemimpin dari negara US dan Britain, aku rasa majoriti manusia di dunia ni tak suka perang. Keadaan yang huru-hara, undang-undang hilang, jenayah meningkat, kematian ahli keluarga, kemelesetan ekonomi dan macam-macam lagi merupakan bahana dari perang yang berlaku di sesebuah negara. Ramai yang sedia maklum bahawa ketika ini tentera barat dan bersekutu sedang rakus menyerang negara Libya yang sedang kucar-kacir disebabkan ketidakpuashatian rakyat kepada kerajaan Muammar Ghadafi yang memerintah. Niat mereka tidak lain hanyalah mahukan simpanan minyak Libya yang terbesar di Benua Afrika, walaupun seringkali mereka bertopengkan atas dasar pengadilan dan kemanusiaan. Bagaimana keadaan mereka di Libya? Mari kita lihat gambar-gambar perang Libya di bawah.

gambar perang libya 1Kenderaan-kenderaan penyokong kerajaan Muammar Ghadafi dibom dan diserang oleh jentera serangan tentera bersekutu

gambar perang libya 2Kereta kebal dari tentera kerajaan Libya berjaya dirampas oleh tentera pemberontak di Benghazi

gambar perang libya 3Kereta kebal kerajaan Libya terbakar setelah diserang oleh jentera serangan udara UN

gambar perang libya 4Letupan kereta kebal milik Muammar Gadhafi dalam serangan udara tentera bersekutu

gambar perang libya 5Pemberontak memegang bendera tentera pemberontak Libya di atas puing-puing jentera berat milik kerajaan Libya

gambar perang libya 6Gembira seorang tentera pemberontak Libya selepas berjaya memusnahkan kereta perisai Libya

gambar perang libya 7Usia tidak mematahkan semangat pejuang tentera pemberontak dalam mengembalikan pemerintahan adil dan Islam di Libya

TRIPOLI 24 Mac – Letupan dan bedilan anti-pesawat menyelubungi ibu negara Libya hari ini ketika Tentera Bersekutu meneruskan serangan udara ke atas tentera Muammar Gaddafi, masuk hari keenam berturut-turut. Pegawai Britain mendakwa tentera udara Libya kini hampir musnah.

Menurut wartawan AFP, bedilan anti-pesawat bermula pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu Malaysia diikuti bunyi letupan kuat. Ketika armada kapal-kapal Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meronda perairan Libya untuk melaksanakan embargo senjata ke atas Gaddafi, usaha baru untuk melancarkan operasi tentera gagal selepas beberapa hari berlangsung perdebatan sengit.

Seorang diplomat NATO berkata, 28 negara bersekutu akan mencuba sekali lagi hari ini untuk mencapai keputusan sama ada NATO perlu terlibat dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan sejak Sabtu lalu oleh Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS). Namun, negara-negara terlibat telah mula mencatat kejayaan dalam operasi tersebut dengan Naib Marshal Udara Britain, Greg Bagwell mendakwa tentera udara Libya kini hampir dimusnahkan dan tidak lama lagi akan berkubur.

Pegawai AS secara terbuka turut membuat spekulasi bahawa tekanan berterusan akan memaksa Gaddafi berundur selepas empat dekad memerintah. Saksi melaporkan, letupan kuat berlaku malam tadi di pangkalan tentera di Tajura, kira-kira 32 kilometer ke timur Tripoli, sementara bedilan anti-pesawat kedengaran ketika serangan udara dilancarkan ke atas ibu negara Libya ini.

Agensi berita rasmi JANA melaporkan, serangan udara di Tajura mengorbankan ‘sejumlah besar’ penduduk awam. Menurut JANA, Tajura menjadi sasaran serangan sebanyak tiga kali dengan serangan ketiga terkena pasukan penyelamat yang cuba memindahkan mangsa yang terbunuh dan cedera dari sisa runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan pertama dan kedua.

Dakwaan itu, bagaimanapun tidak disahkan oleh mana-mana kumpulan bebas. Tajura adalah pangkalan tentera Libya yang penting dan telah menjadi sasaran tentera bersekutu sejak serangan pertama. Walaupun kesudahan krisis di Libya ini masih tidak jelas, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates yang kini dalam lawatan di Kaherah berkata, tekanan ke atas rejim Gaddafi dapat menggalakkan sekutu pemimpin itu atau anggota keluarganya meninggalkannya.

Tentera AS berkata, tentera Gaddafi yang mengancam bandar-bandar yang dikuasai pemberontak kini menjadi sasaran serangan udara mereka. – AFP

Sumber gambar dan berita: Boston BigPictures dan Utusan Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • perang
  • ibu negara libya
  • libya pemberonta
  • perang gambar
 

Tags: , , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.