Teks Doa di Majlis Perkahwinan

| April 9, 2011

Pada bulan Disember 2010, aku telah dikehendaki atau dipinta oleh keluargaku untuk membacakan doa pengantin secara last-minute di majlis perkahwinan kakak aku yang no-3. Sebagai persiapan, maka aku pun bertanyakan Pakcik Google. Alangkah terkejutnya aku rupa-rupanya tak banyak pun doa untuk pengantin di Internet. Kalau ada pun, dari website yang “spam” (website yang hanya tulis kata kunci je tapi takda isi). Jadi nasib baiklah DJ yang dijemput ada siapkan doa. Bak kata kakak aku, DJ islamik walau berpakaian rockers hehe. Terima kasih abang DJ! Beberapa bulan kemudian, tiba la pula masa adik perempuan aku kahwin pula. Aku telah ditugaskan untuk mencari doa untuk pengantin di majlis walimatul urus. “DJ dijemput takde doa tu ke?”. “Takde la dik, DJ kali ni tak cukup islamik”. Cait. Oleh sebab diberitahu awal, aku pun membuat persiapan sewajarnya. Aku kumpulkan semua doa-doa yang berkenaan dan menulis teks untuk doa di majlis perkahwinan. Diharap teks ini dapat membantu mana-mana pihak mencari teks doa pengantin di majlis walimatulurus.

gambar nikahGambar hiasan: Aku dan isteri selepas bernikah di Kedah. Alhamdulillah

DOA DI MAJLIS PERKAHWINAN/WALIMATUL URUS

Bacaan Al-Fatihah.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.

Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.

Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada Kedua Mempelai Ini, (NAMA PENGANTIN LELAKI) Dan (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN). Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepadamu Dan Atasmu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua, Pengantin Laki-Laki Dan Perempuan, Dalam Kebaikan.

Bacaan doa penutup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • doa majlis perkahwinan
  • doa pengantin dalam bahasa melayu
  • doa pengantin baru bahasa melayu
  • doa perkahwinan
  • teks doa majlis perkahwinan
  • doa kenduri kahwin
  • teks doa untuk pengantin baru
  • doa nikah jakim
  • dj perkawinan
  • bacaan doa untuk pengantin baru

Tags: , , , , , ,

Category: Agama, Fakta dan Informasi

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Bacaan doa sesuai dibacakan ketika majlis akad nikah, tetapi tidak sesuai sama sekali dibaca ketika majlis kenduri kerana sewaktu doa dibacakan ada diantara tetamu undangan sedang menikmati makanan mereka tetapi terpaksa hold(pause) untuk bacaan doa.. semoga kejadian ini tidak berlaku lagi dalam masyarakat kita yang menganuti agama Islam… Dan untuk pengetahuan juga Walimatul Urus tidak perlu diadakan secara besaran kerana cukup sekadar menjemput saudara mara dan jiran terdekat sahaja untuk menghebahkan perkahwinan dan mengelakkan fitnah kepada pasangan…