Bagaimana Tips Cara Betul Untuk Mendapatkan Anak

| April 29, 2011

AWAS! UNTUK TATAPAN BAGI YANG DAH BERKAHWIN SAHAJA – Bagaimana Tips Cara Betul Untuk Mendapatkan Anak. Pertama sekali aku nak ingatkan korang yang anak itu rezeki dan amanah dari Allah. Allah yang Maha Pemberi. Jadi tak usah bersedih jika sudah setahun dua berkahwin masih tidak dapat zuriat. Mugkin ada hikmah di sebalik tu. Tapi aku paham je tekanan korang. Ramai yang bertanya, “dah ada isi ke belum?” “bila nak dapat baby?“. Untuk pengetahuan korang, ramai je pasangan yang dah lama berkahwin, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun, masih belum diberi kesempatan untuk memperoleh cahaya mata. Jadi korang yang jenis baru setahun dua kahwin ni boleh la bertenang sedikit eh. Sebelum aku pergi kepada tips atau cara betul untuk dapatkan anak, aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku.

Macam korang, sudah hampir 6 bulan berkahwin, masih tidak ada tanda-tanda kehamilan pada isteri. Orang dh tanya macam-macam dah ni. Tekanan. Pada suatu hari, aku berchatting la dengan kawan Internet aku, nama dia Mary dari Canada. Dia sekarang dh umur 50 tahun lebih dah. Dia cerita kat aku kisah dia, dah 5 tahun kahwin tapi tak dapat anak. Dia dan suami pun mengambil keputusan untuk “give up” atau redha je. Kirenya depa macam dah tak kesah la dapat anak ke tak. Ditakdirkan oleh Allah, selepas depa membuat keputusan macam tu, depa dikurniakan anak yang pertama. Jadi nasihat dia kat aku, just “give up” dan redha je, kalau ada, ada la. Dengan itu, kami pun mempraktikkan nasihat tadi, maka tekanan yang kami hadapi suami isteri pun berkurangan. Alhamdullillah, tidak lama selepas itu, isteri aku pun hamil. Mungkin tips mendapatkan anak ini berkaitan juga dengan faktor psikologi gak kot. Ini la pengalaman aku. Baca lagi di bawah untuk tips sebenar. Hehe…

lelaki perempuan mengandung anak tipsGambar hiasan: Sudah menjadi fitrah, pasangan yang berkahwin menginginkan kehadiran orang ketiga sebagi penyeri keluarga

Kekerapan melakukuan hubungan kelamin atau seks mempengaruhi pencapaian kehamilan. Selain itu, posisi hubungan kelamin juga dapat membantu. Posisi suami di atas dengan punggung isteri terjongket ke atas supaya air mani tidak melimpah keluar adalah posisi yang sesuai untuk mengelakkan keciciran air mani. Tusukan alat kelamin perlu dilakukan tanpa mengeluarkannya dan dengan cara sedemikian, angin tidak akan masuk. Jika angin masuk, setelah selesai hubungan kelamin, wanita itu akan terasa angin keluar bersama dengan air mani.

Posisi isteri sujud dan ereksi dimasukkan dari belakang juga dapat mengelakkan keciciran air mani. Setelah selesai, isteri digalakkan mengekalkan posisi itu untuk beberapa minit sebelum tidur mengiring. Pendek kata jika air mani masuk dalam faraj, kemungkinan untuk hamil ada.

Jika sudah setahun berkahwin tetapi masih tiada apa-apa tanda kehamilan, suami perlu menjalani ujian air mani. Manakala isteri perlu menjalani ujian untuk mengesan pengovulan (pengeluaran telur) dan x-ray untuk memastikan ruang rahim normal dan salur telur tidak tersumbat. Jika kesemua ujian itu normal. pasangan suami isteri boleh cuba kaedah bantuan konsepsi seperti penyemaian benih waktu isteri subur dan bayi tabung uji.

Sumber Rujukan: Dr Mohd Ismail Mohd Tambi (Pa & Ma Mei 2011)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • cara mendapatkan anak
  • cara untuk mendapatkan anak
  • cara dapatkan anak
  • cara cara mendapatkan anak
  • cara dapat anak
  • cara untuk mendapat anak
  • cara mendapatkn anak
  • cara cara untuk mendapat anak
  • cara mendapatkan bayi
  • cara untuk dapatkan anak

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi, Kesihatan dan Riadah

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.