Gambar Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Tokyo Jepun
![]() |
By Huzaifah Al-Selangori
On March 12, 2011 At 11:07 am
Category : Luar Negara
Tags : 8.9 Skala Ritcher, Bencana, Gambar, Gambar Tsunami, Gempa Bumi, Jepun, Luar Negara, Malapetaka, Tokyo, Tsunami
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Menakjubkan! Anjing Selamatkan Bayi Yang DibuangJune 11, 2013
- Ngeri! Wanita Ini Bunuh Dan Makan Daging Suaminya (2 Foto)June 2, 2013
- Ngeri! Wanita Putus Kepala Kerana Telefon Bimbit (Video)May 31, 2013
- Gempar! Tsunami Ombak Ais Yang Mengerikan (8 Foto)May 15, 2013
- Pelik! Mengapa Kanak-Kanak Ini Bertopeng? (8 Foto)May 11, 2013
Dunia telah digemparkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di Tokyo, Jepun pada 10 Mac 2011 yang lepas. Susulan dari gempa bumi yang bermagnitud 8.9 skala Ritcher itu menyebabkan gelombang tsunami setinggi 10 meter telah membinasakan bandar-bandar di persisiran pantai Tokyo. Setakat yang diketahui, sekurang-kurangnya 1000 orang telah kehilangan nyawa dalam bencana terburuk tahun 2011 ini. Kesan gelombang tsunami telah merebak sehingga Hawaii dan pantai barat Amerika Syarikat. Ekonomi Jepun dan matawang yen telah jatuh secara mendadak akibat bencana ini. Dalam satu hadis nabi ada mengatakan, Telah ditunjukkan di depan batang hidung sendiri. Telah dikhabarkan sejak berabad lalu. Hari terakhir tidak akan terjadi sehingga gempa bumi akan sangat sering terjadi.(Hadis Riwayat Bukhari). Untuk kita yang hidup, sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita, di mana kita sekarang dalam pencapaian amalan kita untuk akhirat kelak. Renung-renungkan dan selamat beramal! Di bawah merupakan gambar-gambar bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Tokyo Jepun.

Perumahan di Natoru, Daerah Miyagi ditelan oleh keganasan tsunami yang melanda

Keadaan Lapangan Terbang Sendai selepas dilanda oleh tsunami setinggi 10 meter akibat gempa bumi kuat di Jepun

Lapangan Terbang Sendai yang telah ditenggelami air selepas beberapa ketika dilanda tsunami

Kapal terbang, kereta dan runtuhan bangunan dari Lapangan Terbang Sendai bersama-sama di permukaan air tsunami

Dari kejauhan, rumah-rumah di Natori Tokyo menunggu giliran dihentam oleh tsunami akibat gempa bumi di Tokyo

Selepas hentaman tsunami – Keadaan padang jarak padang terkukur kelihatan di Natori. Ini merupakan gempa bumi terburuk sejak 140 tahun

Dua orang staf dari Reuters mengigil ketakutan di bawah meja selepas beberapa gempa bumi susulan berlaku

Pusaran air sebelum tsunami di pantai Ibaraki selepas bandar Tokyo digegarkan oleh gempa bumi 8.9 skala Ritcher

Bola api kelihatan di tempat penapisan minyak Ichihara selepas gempa bumi berlaku

Pandangan udara ke atas hentaman tsunami setinggi 10 meter yang melandar bandar Iwanuma

Bot dan van ikan terapung bersama-sama di Onahama Iwaki Daerah Fukushima semasa gelombang tsunami

Bandar Kensensuma ranap teruk setelah dibantai oleh ombak tsunami yang mengganas selepas gempa bumi

Kereta bertimpa-timpa antara satu sama lain setelah digegarkan oleh gempa bumi 8.9 magnitud skala Ritcher

Malapetaka gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun meranapkan banyak bandar-bandar utama di Tokyo

Rumah-rumah yang terbakar dibawa oleh arus ganas tsunami yang begitu kuat di Jepun

Kasihan. Ramai penduduk Jepun terperangkap dan tidak berjaya pulang ke rumah selepas perkhidmatan keretapi tergendala

Jalan dan rumah runtuh di Sukagawa berada dalam keadaan yang amat menyedihkan selepas dilanda gempa bumi kuat

Pertengahan jalan raya di Satte terbelah dua akibat kuatnya gegeran gempa bumi di Jepun

Pejalan kaki melintasi runtuhan rumah dan jalanraya di Daerah Urayasu Chiba selepas gempa bumi 8.8 skala Ritcher

Kereta-kereta cantik di Jepun ranap selepas dihempap oleh dinding yang runtuh di Bandar Mito Ibaraki

Penduduk keluar dari runtuhan rumah selepas gegaran reda di Jepun. Angka kematian dijangka melebihi 1000 orang
TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh. Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.
“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik. Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.
“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36. Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.
“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya. Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.
Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan. Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.
Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh. Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters
Sumber: Boston Big Picture dan Berita Harian Online
Comments are closed.
Comments
Kata Kunci Popular
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Ngeri! Tragedi Kebakaran Di Kampung Dato Sibu Sarawak (10 Foto)
- Ngeri! Doktor Potong Cuping Telinga Gadis Di Seremban (3 Foto)
- Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Perompak (2 Foto)
- Subhanallah! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup
- Menakjubkan! Pantai Ini Mempunyai Suhu Air Yang Panas (Video)
- Pelik! Apabila Cicak Berekor Tiga Suka Air Kopi Manis
- Subhanallah! Majlis Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadhan (Video)
- Luar Biasa! Penemuan Bunga Pelik Di Kuala Terengganu
- Ngeri! Ribut Taufan Melanda Jalan Macalister Bangunan UMNO (Foto+Video)
- Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini Bersepah
- Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia
- Mengancam! Adakah Ini Kapal Angkasa Di Jepun? (16 Foto)
- Menakjubkan! Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang
- Pelik! Kanak-Kanak Ini Terpaksa Hidup Dalam Keadaan Gelap
- Gempar! Video Guru Belasah Anak Murid Tersebar (Video)
- Ngeri! Kes Ragging Yang Paling Panas Di Malaysia
- Ngeri! Dayung Kayak Cair Terkena Lelehan Larva Gunung Berapi
- Jumlah Penduduk di Malaysia Tahun 2009
- Subhanallah! Bayi Lahir Dalam Air Ketuban Yang Belum Pecah
- Biar Betul! Hanya Cagar Keju Boleh Dapat Pinjaman Wang (Video)
- Ngeri! Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis Lori
- Pelik! Wanita Ini Suka Memeluk Orang Yang Tidak Dikenali
- Gempar! Telinga Berdarah Gara-Gara Pesawat AirAsia Dipandu Laju
- Ngeri! Pencuri Besi Putus Kaki Dilibas Parang
- Sangat Bahaya! Perdaya Wanita Dengan Spiked Drinks
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.







Pingback: Subhanallah - Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Mempelam Jelawang