Misteri Kubah Masjid Nabawi Madinah

| January 18, 2011
 

Misteri Kubah Masjid Nabawi Madinah | Bulan lepas, aku dapat email forward tentang seorang pendengki dari puak Syiah yang ingin memecahkan kubah Masjid Nabawi, telah disambar petir dan mayatnya melekat di Kubah Masjid Nabawi berkenaan selama lebih dari 90 tahun. Depa kata mayat tu tak boleh dialihkan. Hmm Aku bukan apa, rasa pelik gak. AKu pun tak pernah pergi Madinah lagi (mudah-mudahan dipermudahkan urusanku untuk pergi ke sana), jadi aku takleh nak komen banyak-banyak. Korang baca dulu email forward ni dulu dan fikir-fikir dulu, lepas tu baru aku ulas. Okay?

Misteri Kubah Masjid Nabawi 1

Sebuah mukjizat yang telah terjadi sekitar 90 tahun yang lalu yang disampaikan oleh Syeikh Az-Zubaidi. Seseorang telah berusaha untuk menghancurkan Kubah Masjid Nabi Muhammad SAW, Masjid Nabawi di mana di dalamnya terdapat makam Nabi Muhammad SAW.

Misteri Kubah Masjid Nabawi 2

Namun, ketika orang itu memanjat kubah dan memulai menghancurkannya, tiba-tiba sebuah kilat menyambarnya dan dia mati serta merta!! Tidak ada seorangpun yang mampu memindahkan mayat tersebut dari atas kubah tersebut. Dikisahkan pula, seorang soleh dari Madinah telah bermimpi beliau mendengar satu suara yang mengatakan bahwa “tidak ada seorangpun yang boleh mengangkat (memindahkan) mayat tersebut dari kubah. Hal itu sebagai sebuah peringatan dan pengajaran bagi mereka yang berpikir dan berusaha untuk menghancurkannya di masa mendatang!”

Misteri Kubah Masjid Nabawi 3

Akhirnya, mayat tersebut tetap berada di atas kubah dan ditutupi dengan kotak hijau agar tidak terlihat oleh orang.

So korang caya ke cerita pasal ada mayat seorang pendosa ada di atas tempat suci kubah Masjid Nabawi di Madinah. Aku rasa hanya orang cetek dan lemah akal je leh terima konspirasi teori yang dibuat oleh orang-orang yang sukakan berita sensasi. Sebabnya? Pertama, mengikut informasi dari orang Saudi (korang leh google), benda tu merupakan pembumi untuk membumikan kilat. Camna nak terang ye, ala kan kat umah korang ada gak pembumi (earthing) untuk memindahkan kilat ke tanah. Jadi takde la kilat tu akan sambar rumah korang. Korang setuju tak ni? Kalo korang tak setuju, aku tak mahu berdebat, sebab banyak lagi masalah umat yang lagi besar dari masalah misteri kubah masjid nabi ni. So korang tak payah la susah-susah fikirkan betul ke tidak ada mayat kat atas kubah masjid nabi tu. Yang penting, adakah iman kita semakin bertambah dengan usia kita? Itu la selalu korang kena fikirkan. The myth is busted!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • masjid nabawi
  • mayat dimasjid nabawi
 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: Agama, Luar Biasa dan Pelik, Luar Negara

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (21)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Suara Hati…: Kubur di atas kubah Masjid Nabawi :: Call Rescue 911 | January 24, 2011
  1. Samsudin says:

    Kalau nak dihitung kuasa Allah Taala lebih dari tu pun sebagai Muslim yang Mukmin perlu percaya…. jadi soalnya perkara itu benar atau tidak bukanlah menjadi persoalan sangat. Yang menjadi ingatan khususnya untuk diri saya sendiri kuasa Allah mengatasi segalanya…. dan siapalah kita, satu makhluk yang sangat kerdil jika dibanding dengan ciptaan Allah yang lain seperti bumi, angkasa lepas, galaksi dan alam yang terbentang luas ini…tinggal lagi sedar atau tidak sahaja…. tepuk dada tanya iman….

  2. M.H.M says:

    @Samdudin betul tu. Aku setuju. Tak perlu gaduh betul ke tak. Yang penting, dah gi Madinah ke belum? Atau Mekah, at least tunaikan umrah hehe…

  3. MOHD DALI NABAWI says:

    Betapa hebatnya Kebesaran Allah s.w.t..semoga kita sedar hal ini dan terus menghambakan diri padanya dengan ibadah…amin.

  4. InsyaAllah

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ’0 which is not a hashcash value.

  5. aesya says:

    macam tu ke rupa pembumi..pendapat x leh pakai….itu betul lah..x baca citer tulisan arab dia..main kopi pes jek jadi la macam ni..pembumi lagi tak logik..

  6. abis tu takkan mayat kot? :p

  7. fauzi says:

    saya nk buat aduan yg iklan sebelah nei mengganggu bacaan..

  8. fauzi says:

    saya nk buat aduan yg iklan sebelah nei mengganggu bacaan.. untuk perhatian

  9. Terima kasih. Akan saya usahakan untuk ubah kedudukan…

  10. farina says:

    bersikap wasatiyyah sahaja..jangan terima bulat2 dan jgn ditolak mentah2..kita berada di tgh2…wallahhu’alam.

  11. Fizrie says:

    Assalamualaikum..
    bkn nk berdebat, cuma nk kongsi maklumat..
    setahu sy yg bekerja dlm bidang engineering, pembumi kilat selalunya berbentuk tiang yg terletak paling tinggi berbanding sekitarnya utk menarik kilat kepadanya..drpd gambar tersebut didapati menara kubah lebih tinggi yg mana risiko utk kilat menyambar kubah lebih tinggi.Sekian

  12. baem says:

    caye xcaye 2 no.10 ,
    yg penting bace dulu .
    xsalah kalu kita ambik sebagai pedoman/pengajaran walaupon 2 cuma mitos .

  13. dayang says:

    i dh pergi tp xpernah lak dgr dorg bercerita abt this..

  14. beruang tak comel says:

    dlu masa g umrah pnh dgr gak cite ni, tp versi yg ak dgr pasal dia ni nak curi masuk masjid nabi sbb nak alihkan mayat nabi muhammad s.a.w sbb si folan tu takut berlaku perkara bidaah sbb pendapat dia makam nabi x spatutnya berada di dlm masjid.. wallahualam..

  15. hamba Allah says:

    orang cetek n lemah akal je yang tidak akan trime bnde nie … banyk sangt orang hnye nak percaye berdasarkn teori sains bukn agame ….

  16. Apis says:

    tak logik lah earthing punya wiring mcm tu.. kalau earthing punya wire simply wire sambung dgn tiang dkat tempat paling tinggi lpas tu sambung ke dalam tanah.. tapi kalau nak kata crita tu bnar ke tak, wallahu’alam… Allah jua lah yang mengetahui akan sesuatu..

  17. mike says:

    malaun mana pulak yg pandai sangat tu pasang pembumian kt kubah.kalu rasa idea tu ngok xyah la bg pendapat…sory semua

  18. wireman says:

    saya wiring lebih 8 tahun, mengikut pgalaman saya pembumi pada kubah biasanya terletak pada pada hujung muncung kubah dialirkan trus dgn wire pada dlm kubah (tak terlihat pembumi) dan trus ke tanah

  19. Faiz says:

    salam, saya xpasti sama ada yg saya tau ini benar atau tidak, maka jangan la percaya 100%. mungkin benar atau mungkin salah. wallahualam.
    semasa saya di madinah, saya bertanya kepada mutawwif saya, katanye itu ada lah mayat org yg cuba mencuri tiang atas kubah nabi kerana tiang itu diperbuat drpd 100% emas.
    dan bentuk mayat itu telah bertukar kepada (ada nama sejenis binatang yg menyerupai buaya, maaf lah lupa) menunjukkan kehinaan atas org tersebut.

  20. hakimhb says:

    aq dah g masjid tu…mmg ad mayat tu…aq dah tnye penduduk kt situ ngan ustaz skali…paerkara ni mmg btul