Gambar Bencana Banjir Kilat di Perlis

| November 2, 2010

Mungkin ramai yang tak sedar, atau pun buat-buat tak sedar, saudara-saudara Islam dan juga se-1Malaysia kita di utara Malaysia kini bergelut dengan bencana banjir kilat yang agak teruk. Banyak sekolah dan jalan-jalan utama telah ditutup dan hampir 1000 orang telah pun dipindah ke pusat-pusat penempatan sementara banjir. Terdengar juga di akhbar dan berita televisyen bahawa bukan sahaja penduduk di Perlis atau Kedah sahaja yang mengalami banjir, tetapi negeri Kelantan yang baru memenangi Piala Malaysia pun turut dilanda banjir di Kota Bharu. Jadi kita yang berada di tempat selamat, insyaAllah sama-sama lah berdoa agar dipermudahkan urusan mereka di sana dan semoga semuanya selamat. Amin. Terima kasih kepada blog Omaq untuk gambar-gambar banjir di Perlis yang tertera di bawah ini.

gambar banjir perlis kedah 1Banjir kawasan Arau… dekat dengan masjid Negeri Arau

gambar banjir perlis kedah 2Rumah dekat simpang Arau Gial dekat simpang taman bersatu

gambar banjir perlis kedah 3Banjir di Repoh

gambar banjir perlis kedah 4Taman Rekreasi Tasik Melati

gambar banjir perlis kedah 5Ni daratan ke lautan?

gambar banjir perlis kedah 6Kawasan Sekolah Jaafar Hassan penempatan banjir

gambar banjir perlis kedah 7Sekolah Santan yang dilanda banjir

KANGAR: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Perlis meningkat dengan sehingga petang ini seramai 1,096 mangsa dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis. Kebanyakan mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan iaitu seramai 386 orang, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (383), Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi (112), Maktab Rendah Sains Mara Beseri (69) dan Dewan Sivik Arau (60). Lain-lain pusat menempatkan antara tujuh hingga 30 mangsa sehingga pukul 5.30 petang. Hujan masih berterusan di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Bertangkup, Ali Ismail, berkata lima buah kampung telah dilanda banjir sejak petang Sabtu lalu iaitu Kampung Sungai Buluh, Kampung Batu Bertangkup, Kampung Padang Melaka, Kampung Baru Panggas dan Kampung Guar Medan Gatal. Mangsa di lima kampung ini mula dipindahkan pada 4.00 pagi tadi apabila paras air di dua batang sungai ialau Sungai Buluh dan Sungai Batu Bertangkup mula melimpahi tebing.

“Penduduk diarahkan keluar dari rumah masing-masing berikutan jalan ke kampung-kampung tersebut telah dinaiki air di paras pinggang,” katanya. Ali berkata, 10 kenderaan pacuan empat roda dari Kelab Pacuan Empat Roda Perlis membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam menggunakan bot memindahkan mangsa banjir.

JKM turut menyalurkan bantuan berupa tikar, selimut dan makanan kepada mangsa di pusat pemindahan. Seorang warga emas, Rokiah Awang, 70, dari Kampung Batu Bertangkup terpaksa didukung bagi menyelamatkan diri setelah rumahnya yang didiami bersama seorang anak lelaki dan seorang cucu lelaki dinaiki air awal pagi. “Air di rumah makcik naik paras dada, habis semua kelengkapan rumah seperti perabot ditenggelami air, ” katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • banjir di perlis
  • perlis banjir
  • photo bencana banjir

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.