Mayat Mangsa Gunung Merapi Mati Dalam Sujud

| October 27, 2010
 

Gunung Merapi di Pulau Jawa Indonesia sudah menunjukkan tanda-tanda ia akan memuntahkan lava. Para saintis atau spesifiknya para volcanologists (aku baru tau ada pekerjaan ini semalam dari berita akhbar huhu), telah meramalkan akan letusan gunung berapi yang dipanggil Merapi ini. Tetapi, amaran mereka tidak diendahkan oleh orang ramai. Mungkin mereka memang tidak mengambil enteng perkara ini dan mungkin juga mereka tidak mendapat maklumat ini kerana ketiadaan TV atau radio di rumah mereka. Apa-apa pun, tindakan drastik perlu dilakukan untuk mencegah banyak lagi kematian. Laporan terkini merekodkan hampir 15 orang mati akibat debu tebal dari gunung berapi ini. Adakah sehingga gunung berapi di negara Indonesia ini memuntahkan cecair neraka membuak-buak, baru mereka ingin berpindah?

Satu kejadian yang membuka pintu hati kita semua telah berlaku dan ditunjukkan di dada-dada berita di Asia di mana seorang mayat mangsa gunung berapi ini telah dijumpai dalam keadaan sujud dan menghadap kiblat. Subhanallah, ini merupakan satu kematian yang husnul khatimah, iaitu kematian yang dalam keadaan baik. Semoga rohnya dicucuri Allah SWT. Kita bagaimana?

Mayat Penjaga Gunung Merapi

YOGYAKARTA 27 Okt. – Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud. Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.

Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan. Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.

Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA. Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat.

Sumber: Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik, Luar Negara

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. awank says:

    “Mungkin mereka memang tidak mengambil enteng perkara ini dan mungkin juga mereka tidak mendapat maklumat ini kerana ketiadaan TV atau radio di rumah mereka”

    not because there are haven`t use TV or radio, but there are have a culture.
    please don`t use so many “maybe or mungkin”