Gambar Kemalangan Bas Persiaran di Genting-Karak 7 Maut
![]() |
By Huzaifah Al-Selangori
On October 30, 2010 At 7:29 am
Category : Tempatan
Tags : Gambar Kemalangan, Genting Highlands, Kemalangan, Kemalangan Bas, Kemalangan Karak, Lebuhraya Karak, Tempatan
Responses : Comments are off for this post
Related Posts
- Ngeri! Doktor Potong Cuping Telinga Gadis Di Seremban (3 Foto)June 19, 2013
- Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Perompak (2 Foto)June 18, 2013
- Ngeri! Ribut Taufan Melanda Jalan Macalister Bangunan UMNO (Foto+Video)June 13, 2013
- Ngeri! Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis LoriJune 5, 2013
- Gempar! Telinga Berdarah Gara-Gara Pesawat AirAsia Dipandu LajuJune 4, 2013
Gambar Kemalangan Bas Persiaran di Genting-Karak 7 Maut | Malam tadi, sedang aku berbincang dengan tuan rumah sewa baru aku, tiba-tiba dapat SMS yang berbunyi, “kemalangan bas, 6 mati, kat genting”. Dalam hatiku, ah sudah, baru je berlalu kemalangan bas express Delima 2 minggu lepas, kini kemalangan bas lagi di Karak pula? Kemudian menyusul pula SMS lain, “Sebuah bas persiaran yang disewa khas oleh belia 4B Kampung Baru Siong, Baling Kedah seramai 44 penumpang dan 2 pemandu telah terbabas di KM 36 Lebuhraya Karak semasa turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur pada 750pm. Setakat ini, 6 mati, 17 cedera parah dan 20 cedera ringan dikejarkan ke Hospital Bentong, Selayang.” Since aku nak pindah rumah hari Sabtu dan kebetulan birthday wife aku pulak hari Sabtu ni, tak dapat la nak pergi kes kemalangan bas ini. Sorry la geng! Di bawah merupakan gambar-gambar, video Youtube dan sedikit cerita dari Berita Harian untuk paparan. Innalillah, daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga kematian mereka bukan lah kematian yang tidak elok (maklum la baru balik dari Genting Highlands kan). Nauzubillah.

Keadaan bas persiaran dalam keadaan terbalik di susur masuk jalan ke Genting Highlands

Gambar mayat-mayat mangsa kemalangan bas persiaran di Genting Sempah

Bomba sedang menyelamatkan mangsa kemalangan bas yang tersepit
Video Kemalangan Ngeri Bas Persiaran di Genting Sempah
KARAK: Tujuh maut, 21 cedera selepas bas persiaran membawa 44 ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan di Kilometer 36, Lebuhraya Karak, malam tadi.
Tujuh mangsa meninggal di tempat kejadian iaitu Mohammad Yusof Akhit, 16; Mohamad Khairy Mohamad Marzuki, 14; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husain, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17, Mohamad Amirul Mohd Isa, 13, dan Mohd Zainal Mohd Sufian, 28, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Selayang. Semua mangsa meninggal akibat tersepit dan tercampak daripada kenderaan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Husin Omar, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bas berkenaan menuruni bukit di susur Genting dan dikatakan mengalami kerosakan brek sebelum terbabas dan terbalik.
Akibat kejadian itu, empat penumpang tercampak keluar dan dua tersepit. Seramai 21 penumpang lagi cedera, kebanyakannya tersepit dibawa ke hospital dan seorang daripadanya meninggal dalam perjalanan. Penumpang lain termasuk dua pemandu dilaporkan selamat,” katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang, Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bas yang disewa Gerakan Belia 4B dikatakan sampai di pusat peranginan itu kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam) sebelum bertolak pulang ke Kedah jam 5.30 petang. Sementara itu, pemandu kedua, Abdul Ghani Ahmad, 56, yang mengalami kecederaan ringan berkata, ketika kejadian, beliau sedang tidur dan berasa bas dalam keadaan bergoyang sebelum terbalik.
“Kebanyakan penumpang ketika itu sedang tidur kerana masing-masing letih… saya hanya mampu melihat keadaan panik dan masing-masing menjerit. Malah, dua penumpang tersepit, manakala empat lagi tercampak keluar daripada bas itu,” katanya.
Mangsa, Mohd Zainol Hafizan, 15, ketika ditemui di HKL berkata, sepanjang perjalanan, beliau tertidur akibat kepenatan sebelum terjaga apabila menyedari bas bergoyang.
“Dalam sekelip mata, bas sudah terbalik. Semua penumpang hanya mampu menjerit kerana terlalu terkejut sebelum keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Rakannya, Ahmad Amirul Shahrul, 13, berkata, beliau hanya sedar selepas terdengar bunyi bising dan ketika itu bas sudah terbalik.
“Saya tidak mengalami kecederaan teruk selepas keluar dari tingkap. Rakan-rakan lain juga mengambil langkah sama kecuali mereka yang tersepit,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
Kata Kunci Popular
Penaja Utama
LIKE Facebook Melayu Kini – Jom!
Follow Twitter Melayukini – Jom!
Follow @MelayukininetArkib Informasi Malaysia Kini
Kategori Informasi Malaysia Kini
25 Entri Terbaru Paling Popular
- Ngeri! Doktor Potong Cuping Telinga Gadis Di Seremban (3 Foto)
- Ngeri! Muka Pak Cik Terbelah Diserang Perompak (2 Foto)
- Subhanallah! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup
- Menakjubkan! Pantai Ini Mempunyai Suhu Air Yang Panas (Video)
- Pelik! Apabila Cicak Berekor Tiga Suka Air Kopi Manis
- Subhanallah! Majlis Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadhan (Video)
- Luar Biasa! Penemuan Bunga Pelik Di Kuala Terengganu
- Ngeri! Ribut Taufan Melanda Jalan Macalister Bangunan UMNO (Foto+Video)
- Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini Bersepah
- Pelik! Wanita Yang Gemar Minum Darah Manusia
- Mengancam! Adakah Ini Kapal Angkasa Di Jepun? (16 Foto)
- Menakjubkan! Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang
- Pelik! Kanak-Kanak Ini Terpaksa Hidup Dalam Keadaan Gelap
- Gempar! Video Guru Belasah Anak Murid Tersebar (Video)
- Ngeri! Kes Ragging Yang Paling Panas Di Malaysia
- Ngeri! Dayung Kayak Cair Terkena Lelehan Larva Gunung Berapi
- Jumlah Penduduk di Malaysia Tahun 2009
- Subhanallah! Bayi Lahir Dalam Air Ketuban Yang Belum Pecah
- Biar Betul! Hanya Cagar Keju Boleh Dapat Pinjaman Wang (Video)
- Ngeri! Pelumba Basikal Terengganu Maut Digilis Lori
- Pelik! Wanita Ini Suka Memeluk Orang Yang Tidak Dikenali
- Gempar! Telinga Berdarah Gara-Gara Pesawat AirAsia Dipandu Laju
- Ngeri! Pencuri Besi Putus Kaki Dilibas Parang
- Sangat Bahaya! Perdaya Wanita Dengan Spiked Drinks
- Seram! Apabila Pontianak Mengamuk Kerana Kain Batik
Entri Terbaru Terus Dihantar ke Email
Maklumat Informasi Malaysia Kini
Pihak Melayukini.net tidak pernah mengambil hati atau tindakan jika ada pihak yang copy dan paste artikel dari Melayukini.net tidak kira sama ada untuk kegunaan blog biasa atau facebook. Namun, amat mendukacitakan apabila artikel yang dicopy dan paste 100% tidak diberi link kredit kepada Melayuki.net.
Melayukini.net tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Melayukini.net jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.
Some of the pictures, videos and articles on Melayukini.net are the property of their respective owners. Melayukini.net do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Melayukini.net contents that is in violation of copyright law, please email me at arena84 [at] yahoo.com. Based on your request, Melayukini.net will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification. OR Melayukini.net can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.







Komen Terbaru