Maha Suci Allah. Gambar Permandangan Gerhana Matahari Yang Cantik

Burung-burung pun pulang ke sarang, setelah sehariannya mencari rezeki yang halal untuk anak-anak yang merintih kelaparan. Tidakkan kita terfikir yang burung-burung pun tahu halal haram. Mana tak nya, tidak pula kita pernah dengar burung-burung main judi atau rasuah kan. Kata korang, “ek eleh dia ni, itu burung la“. Hmm lantak ko la. Hari pun semakin senja. Di kala kesejukkan diri di pergunungan Andes itu, tidak lama dahulu, sebuah keajaiban yang jarang-jarang sekali pun berlaku. Permandangan gerhana matahari penuh yang mungkin hanya berlaku setiap 100 tahun ini terpampang di hadapan mata. Subhanallah Maha Suci Allah Pencipta Langit dan Bumi dan segala isinya. Burung-burung masih lagi berterbangan menghiasi bumi Allah yang cantik dan indah terbentang ini. Aku masih terpaku. Aku terfikir sendirian, betulkah aku yang berada di puncak gunung yang sedang melihat gerhana matahari itu? Susuk badan dah lebih kurang sama. Tetapi tidak…kerana gambar di bawah ini telah diambil dari website astronomy ni hehe.

gerhana matahari

Permandangan gerhana matahari sempurna dan indah ini telah diambil oleh Janne Pyykko di Pentagonia, Argentina pada 11 Julai 2010 yang lepas. Perenggan layan gerhana matahari aku kat atas tu saja je aku buat. Yelah nak cuba berlakonkan suasana gerhana matahari kan. Bila menulis pasal gerhana matahari ini, tiba-tiba aku ada satu soalan cepu emas yang bakal membuka minda kalian. Jika kita fikir-fikir balik kan, betul ke bumi yang mengelilingi matahari? Atau matahari yang mengelilingi bumi? Pernah kah anda terfikir? Aku pun dari kecil belajar sains mengatakan bumi mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya. Tetapi dewasa ini, aku sangat la rajin membaca kitab-kitab agama Islam. Dalam satu kitab tu aku ada terbaca tentang ulama yang mengatakan matahari yang mengelilingi bumi dan bukan sebaliknya. Sebabnya, dalam al-Quran pun takda menyatakan yang bumi mengelilingi matahari, cuma ada mengatakan matahari dan bulan bergerak dalam peredarannya. Bumi atau dunia ini ada langit dan langit ini bertingkat-tingkat. Kalau korang tak caya, pergi baca surah Yaasin. Apa? Korang memang selalu baca surah Yaasin ke? Tapi ko baca tak terjemahannya? Kalau ko baca, insyaAllah ko tahu benda ni.

Pernah kah korang terfikir tentang soal bumi langit ini? Aku sekarang telah banyak mengetahui yang kita ini, sama ada umat Islam atau tidak telah dibohongi bulat-bulat oleh dunia barat. Banyak ilmu pengetahuan kepunyaan Islam yang depa ceduk dan mengaku depa punya. Kita, umat Islam zaman ini yang dari kecil tidak diajar tentang hakikat ini, menerima bulat-bulat penipuan mereka, terutama dalam bidang sains dan banyak pula dari kita mendewakan mereka. Seorang ustaz telah berkata kepada aku, “semua ilmu kat dunia ini, yang mana sama dengan al-Quran dipanggil fakta, yang mana tidak ada dalam al-Quran adalah hipotesis“. Ya hipotesis, kita telah banyak disajikan dengan hipotesis seperti teori Darwin dan sebagainya. Kelemahan kita sendiri yang tidak mempelajari al-Quran, dunia barat banyak mendolak-dalikkan kita sehingga kita hanyut.

Nantilah aku ceritakan lagi tentang perkara dan soal ini di entri yang lain. Ni sekadar mukadimah je. Walaupun terletak di pengakhiran entri. Sukati aku la. Kalau aku ada masa, akan aku kongsi dengan korang. Marilah kita berbalik kepada ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran dan hadis. Jika kamu berpegang kepada keduanya, insyaAllah takkan sesat dan ditipu. Korang suka ke ditipu?

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Add your comment

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com

CommentLuv badge

 



Comments

  1. trima ksih di atas perkongsian diatas…

     —