Hadis Nabi Tentang Wudhu

| July 2, 2010

Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ni, aku paparkan di blog melayu kini, bahagian agama aku ni tentang sebuah hadis nabi yang sahih daripada riwayat Imam Muslim, iaitu salah seorang dari ribuan anak murid kepada ulama hadis tersohor dunia iaitu Imam Hambali. Hadis ini berkisar tentang kunci bagi setiap solat iaitu ibadah wudhu atau wuduk atau wudhu’, tentang kepentingan wudhu dan bagaimana kesempurnaan wudhu itu dapat menjadikan wudhu itu sebagai syafaat di mana wudhu merupakan cara bagi Nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW mengenal kita di alam akhirat kelak. Semoga kita semua sama-sama mendapat sinar dan kebaikan selepas membaca hadis nabi tentang wudhu ini. InsyaAllah.

wudu

Sekadar gambar hiasan wudhu menggunakan air.

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah1) dan ‘Adan’ airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.: “Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain.” (Riwayat Imam Muslim)

Huraian :
Allah SWT berfirman yang maksudnya:” Pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak (al- Hadid:12). Sesungguhnya bekas-bekas basuhan air wudhu’ di wajah kita menjadi penyeri kepada wajah. Begitu juga setiap amal soleh yang kita lakukan adalah penyeri kepada akhlak. Semua himpunan cahaya ini adalah lambang keserian iman yang akan menerangi hidup seseorang di dunia dan akhirat. Syurga indah sedia menanti mereka di sana. Maka alangkah ruginya jika kita terkecuali daripada golongan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis di atas. Namun manusia lazimnya selalu leka dalam mengejar nikmat dunia yang sementara di hadapan mata mereka berbanding nikmat akhirat yang indah dan kekal abadi. Sesungguhnya janji Allah SWT tetap benar dan hanya orang yang sabar sahaja akan dapat mengecap nikmat kebahagiaan yang dijanjikan-Nya itu.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • hadis nabi tentang wudhu
  • tentang wuduh hadis muslim
  • wudu kepentingan

Tags: , , , , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.