Rita Rudaini Aidil Zafuan Didenda RM500 Kahwin Lari

Alhamdulillah. Selamat sudah selamat pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan diijabkabulkan di Malaysia dengan sah dan legal. Bukan tak sah pun kahwin mereka sebelum ni. Tak salah pun nak kahwin kat mana-mana pun. Yang penting, wali hakim tu kena la orang Islam. Islam tu amat mudah dan tak mahu menyusahkan sesiapa. Perkara yang baik usahla ditunggu-tunggu atau dilengah-lengahkan. Bagus la keputusan korang berdua ni untuk berkahwin daripada terjebak ke lembah neraka, lembah zina. Mahkamah di Malaysia ni pun ok gak. Denda RM500 je dan paling maksimum pun denda RM1000. Jadi, tak menjadi banyak masalah.

Rita Rudaini dalam keadaan tersenyum-senyum malu dan bahagia, bersama suaminya, Aidil Zafuan meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas mendaftarkan perkahwinan mereka semalam.

Pihak keluarga perlu juga memberi sokongan. Jangan menghalang perkara baik. Tapi pasangan ingin bernikah pun kena la mendapat redha ibu bapa juga ya. Jangan kerja nak lari je. Kadang-kadang aku hairan la, kenapa dekat Thailand, yang penduduk Islamnya sangat sedikit boleh mengamalkan cara kahwin yang mudah. Islam kan mudah. Mungkin jabatan-jabatan agama Islam di Malaysia ini boleh la buat sesuatu untuk memudahkan lagi perjalanan kahwin rakyat Malaysia. Cegah zina! Rakyat sihat! Negara pun makmur…insyaAllah.

Rita Rudaini menemani suaminya, Aidil Zafuan yang sedang masam di telefon, meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas mendaftarkan perkahwinan mereka semalam.

KUALA LUMPUR 6 Mei – ”Kenapa kahwin di sana? Apa masalah?” Itu merupakan pertanyaan Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin terhadap pelakon, Rita Rudaini dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak ketika pasangan itu mengemukakan rayuan berhubung kes nikah tanpa kebenaran di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Mohd. Aidil Zafuan, 23, yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan ketika menjawab pertanyaan itu berkata, mereka bernikah di negara jiran ekoran tidak mendapat persetujuan daripada ahli keluarganya. Pelakon wanita itu pula memberitahu, keluarga mertua tidak menyukai dirinya.

Ketika bernikah pada tahun lalu, pemain bola sepak dari Negeri Sembilan itu masih bujang manakala Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mohamad @ Mokhtar, 34, merupakan seorang janda. Rayuan tersebut dikemukakan sebelum Mohd. Yunus menjatuhkan hukuman denda RM500 atau penjara 15 hari terhadap Rita dan Mohd. Aidil Zafuan setelah masing-masing mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Pasangan itu didakwa bernikah di luar kariah tanpa kebenaran mahkamah iaitu di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand kira-kira pukul 9.30 malam, 28 Februari tahun lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Sohibul Kahfi Hussin manakala pasangan itu tidak diwakili peguam. Pada 22 April tahun lalu, mahkamah yang sama mengesahkan pernikahan pasangan itu di negara jiran adalah sah dari hukum syarak.

Menurut surat nikah dari Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla, Rita Rudaini dan Mohd. Aidil Zafuan dinikahkan oleh Naib Kadi Wilayah Songkhla, Chowalit Pinsuwan. Pasangan itu kini mempunyai seorang anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin yang berusia 10 bulan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Add your comment

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com

CommentLuv badge

 



Comments

  1. yang menjadi masalah ramai anak muda kahwin lari ni sebab Mak Bapak la yg menghalang.xsuka menantu la,xberkenan la sbb dia janda la,artis la…………………..itu sume salah mak bapak…yg nak kawin dan hidup dgn pasangan tu…bukanya mak bapak tu….tp anak2 mereka.restu lah niat anak2 tu nak berhubungan cara halal.x ke itu lebih baik dri anak2 tu conteng arang ke muka mak bapak dgn berzina dan lahir anak luar nikah nanti..mereka dh xde cara lain untuk menyelamatkn hubungan mereka selain bernikah di luar.wlabgaimanapun perkahwinan mereka tetap sah tu yg penting di sisi islam.mak bapak kena bertimbang rasa la sikit ya.fikir secara logik…jgn ikut perasaan xsuka tu.bukanya si Rita tu minta jd janda.lgpun xde pun gosip2 xelok dr Rita sepanjang dia bergelar artis dan bergelar janda.sopan org nya….itu yg buat aidil snk lepaskn Rita tu.

     —