Gambar Gajah Melintas di Jeli

| January 12, 2010
 

Aku setuju dengan pemandu yang menangkap gambar gajah ini. Bukan satu pengalaman yang senang diperoleh melihat gajah liar melintas penghadang tepi jalan pada waktu siang buta. Kalau aku pun akan menjadi jakun jika melihat adegan tersebut. Berikut merupakan cerita pemandu tersebut.

JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin. Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan. Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.

“Saya tidak mahu mengambil risiko meneruskan perjalanan kerana bimbang kemungkinan ada kumpulan gajah lain di hadapan sepanjang jalan raya berkenaan. Saya diberitahu penduduk Jeli yang ditemui, kumpulan gajah liar itu sering melintasi kawasan itu untuk mencari makanan di hutan bersebelahan, terutama pada waktu senja dan malam, malah kadang kala memasuki serta memusnahkan tanaman penduduk kebelakangan ini,” katanya.

Mat Mazarin berkata, pengalaman melihat sendiri haiwan liar itu berada di depannya menjadi kenangan sepanjang hayatnya kerana tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.

Sumber berita: Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments are closed.