Archive

Archive for December, 2009

‘Sungai’ Biru di Tengah Bandar Holland Yang Aneh

December 13th, 2009 M.H.M No comments

Hasil seni ’sungai’ biru ini telah dihasilkan oleh seorang artis yang bernama Henk Hofstra di Drachten, Holland. Seni ini membuktikan yang hasil kreatif boleh diluahkan di mana sahaja dan ini merupakan satu contoh ketidakbatasan hasil seni yang boleh dicapai oleh manusia. Jalan yang ter’ukir’ dengan sungai biru ini dihasilkan sejauh 1000 meter atau 1 kilometer. Di sebalik warna biru itu juga dicatkan juga perkataan “Water is Life” yang sepanjang 8 meter. Jalan biru ini merupakan satu simbolik yang menunjukan kepada sejarah tempat itu sendiri yang mempunyai jalan air dahulu kala. Ini bukan sahaja merupakan satu kenangan kepada alam sekitar, tetapi juga merupakan satu inspirasi kepada penduduk bandar Drachten.

Blue Road Holland

Selain daripada cat jalan bewarna biru, beberapa hasil seni rekabentuk lain seperti kereta yang tenggelam juga dibuat dan dipamirkan. Projek ini telah menggunakan 4000 liter cat dan mempunyai kos sebanyak 75000 euros atau kalau ditukarkan kepada mata wang Malaysia, ialah lebih kurang RM350,000.00. Separuh daripada kos ini telah ditanggung oleh majlis daerah. Hmmm amacam? ada mana-mana majlis daerah sanggup keluarkan lebih kurang RM150k untuk buat projek seperti ini? Mari-mari… Read more…

Gambar Kereta Terjunam di Kota Bharu Mall

December 7th, 2009 M.H.M 2 comments

KOTA BHARU – Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku. Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.

Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam. Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini. Read more…

RDS Bina Sdn Bhd Memerlukan Safety Supervisor

December 6th, 2009 M.H.M 4 comments

Ok ini merupakan satu lagi jawatan kosong di Kuala Lumpur. Kalau kamu seorang pegawai keselamatan (bukan pak guard tu lah), boleh memohon jawatan ni. Perincian tentang iklan jawatan kosong oleh RDS Bina Sdn Bhd ni adalah seperti di bawah.

RDS

We are an established construction company and in view of our company expansion, we would like to invite applications from qualified and experienced candidates for the following position(s):

Safety Supervisor (Kuala Lumpur)

Responsibilities:

• Ability to coordinate, organize and implement site activities

• Good interpersonal and communication skills

• Self-motivated, responsible and able to work independently under minimal supervision

• hardworking, corporative and willing to learn

Requirements:

• Candidate must possess at least a Professional Certificate, Diploma or Advanced/Higher/Graduate Diploma in Engineering (Environmental/Health/Safety) which certified by NIOSH

• Required language(s): Bahasa Malaysia, English

• Preferred language(s): Chinese.

• Applicants must be willing to travel and work outstation & willing to work in HQ at Bandar Sri Damansara,KL.

• Minimum 3 years experience in relevant field.

• Full-Time & Contract positions available.

• Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status.

RDS Bina Sdn Bhd C-G-5, Jalan Dataran SD1, Dataran SD PJU9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. Email: hrd448@yahoo.com

Generasi Muda yang Kurang Ajar

December 2nd, 2009 M.H.M 1 comment

Salah siapa sekarang ni kalau kita lihat generasi muda yang kurang ajar? Nasib baik gambar di bawah ini diambil di luar negara. Tapi jangan pula terkejut jika perkara ini boleh berlaku jika kita tidak mengambil sikap berhati-hati dan tidak menumpukan perhatian kepada generasi muda kita yang dilihat kian kurang budi pekertinya. Pada pandangan saya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk rohani dan sahsiah anak-anak. Penjagaan mereka menentukan siapa diri anak-anak pada masa hadapan. Gambar di bawah diambil dari Tumblr yang bertajuk “I hate Spoiled Little Brats“.

Sumber Gambar: Tumblr

Fenomena Tahi Bintang Meletup di Afrika Selatan

December 1st, 2009 M.H.M No comments

Rakaman fenomena tahi bintang meletup dan menerangkan bandar di Afrika Selatan ini betul-betul hebat. Subhanallah, cahaya yang terpancar juga sangat indah. Kejadian ini berlaku pada malam 21hb November 2009. Alhamdullillah, tiada sesiapa yang cedera atau pun mati dalam kejadian yang jarang-jarang berlaku ini. Lihat video Youtube di bawah ini yang betajuk “Meteor lights up sky in South Africa

Related Posts with Thumbnails