McChicken Mentah – Periksa Sebelum Makan

| November 26, 2009
 

Pagi ini aku dapat email dari adik aku bertajuk, “check before you eat”. Tanpa ada sebarang penjelasan pasal gambar yang dihantar tu, aku terkesima. Apa yang cuba disampaikan dengan menghantar gambar berger McChicken kat aku ni. Nak buatkan aku lapar ke. Jadi aku pun cuba tengok betul-betul sambil perut aku memainkan lagu Siti Nurhaliza. Wekkkkk rupa-rupanya berger tu tak masak, mentah di dalam. Hmmm apa lagi, pergi saman cepat!

Berger McD Mentah

Kalau lah kes ni berlaku di US ke UK ke, aku rasa dah lama kena saman dah. Since aku tak tahu empunya mangsa McD ni, aku takleh la nak bagi nasihat. Tapi jika ko dapat baca tulisan ni, aku nasihatkan ko gi saman McD. Ko leh jadi kaya oooo. Kalau ko masih simpan resit pembelian tu lagi bagus. Tapi aku rasa, orang Melayu mesti perangai macam ni. “Ala, nak buat camna, dah takda rezeki..” Takleh la macam tu, kita semua kena tahu hak kita sebagai pembeli. Ni terang-terangan dah menipu dan mencabuli hak kita sebagai pengguna.

Berger McD Mentah

Sebagai penutupnya, aku tak cakap jangan pergi McD (walaupun McD ni tersenarai dalam list boycott barangan US/Israel), tapi aku pesan supaya kita tahu hak kita sebagai pengguna dan berhati-hati sebelum makan. Setuju tak? Kalau tak, bagitau aku kenapa ko tak setuju.

Sumber Gambar: Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tags: , , , , , , , ,

Category: Kesihatan dan Riadah, Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. One Piece Discoveries » Raw McChicken – Check before You Eat! | November 27, 2009
  1. Thristhan says:

    Dari mana you orang beli McDonalds ini?

  2. setuju. Tp x semestinya McD menggunakan daging mentah. Lagipun ibu saya ialah pemilik McD di Kelantan. X kan ibu saya nak buat mcm tu..

  3. iedafiezan says:

    McDonalds x halal kan?jakim dah kuarkan kenyataan McD x halal