Karangan ‘Terbaik’ UPSR

| November 19, 2009

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular:

  • upsr lawak

Tags: , , , , , , ,

Category: Komedi

About the Author ()

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah Al-‘Alaq 96: 1)

Comments (21)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. azman says:

    Hebat….betul ke nie karangan budak upsr….byk tgk cerita nie…

  2. bob says:

    so hai hebat btul karangan nie aq tabik la ko nie siott!!!!!!!!!!!!!!

  3. bob says:

    alo pandai nyer ko nie mOK

  4. garfield_shiro96 says:

    uina joe..smart tul karangan dya buss..kala nie krngn aq..

  5. Aida says:

    Karangan ini bukan yang “terbaik”. Terdapat penggunaan perkataan Inggeris dan bahasa pasar. Perkataan “terbaik” untuk karangan ini boleh mengelirukan murid-murid, dan menjadikan anak bangsa kita bertambah teruk dalam penulisan mereka. Sama-sama lah kita membantu peningkatan bahasa dan penulisan anak-anak kita. Wallahu alam.

  6. aina smkap says:

    bagos r krangan ko!! ak tabik gler at ko.. klo ley t aja r ak wat krangan cm ko ea.. haha.. k ar…congrats!! salam perkenalan..

  7. X sedap lah karangan ko. Aku x suka. Lah karangan x best. Kalau buat masa periksa belum tentu lulus. Mungkin gagal.

  8. Karangan gila!!!!
    Kalau awak mati, macam mana awak bleh tulis blog ni?
    Gila lah!!

    Aku juga yang bijak..

  9. Setuju!!!
    Hasya hitam manis, awak memang pandai

  10. aku says:

    karangan ini kurang memuaskan…kalau sya menjadi cikgu,saya bagi markah 19…

  11. skema student' says:

    em i thing this is low punctions 4 your karangan….that not good….sorry because im cannot spelling malay but can read….hyuyhyuuyhuyh…..

  12. krngn ni leh ar..x bpe best ar..

  13. Trx says:

    To: Skema student :
    WTF… You think you are so good in english?… Well you suck… No need to boast… You are one idiot… I think your comment is worse than the essay… You are one crackpot… If you are so good in english do you know the meaning of crackpot… Do you?… Hahaha… Do not need to boast much if you are one mega huge idiot..

  14. David says:

    yeah!you’re right Trx.Skema student, you should think again whether you are weak in Malay or English…because I think you are suck in both.hahahaha

  15. ira sweet says:

    betul ke ni pelajar upsr yng tulis….
    mesti penulis tu banyak tgk cerita nie.

  16. Safety Girl says:

    Amazing image there of the “Gate to the UnderSea” ;)

  17. ulat buku says:

    hehe…lawak karangan nie…tapi idea memang menarik….walaupun nampak caca marba..tapi dia punya idea yng kreatif lain dr yng lain….pemikiran yng diluar batasan normal walaupun dah merosak kan bahasa tapi kalu bahsa dpt diperbaiki…bolela nak wat buku cerita kartun, novel n drama…..tapi kalu tuk genre fakta x sesuai…good job…: )

  18. Anjang Solo says:

    Betul banyak kesalahan tatabahasa tetapi kalau saya jadi cikgunya, saya pasti akan luluskan juga dengan markah yang baik. Pandai bercerita dan amat kreatif.
    Sebuah karangan tu berjaya apabila orang seronok membacanya. Sekiranya ramai yang seronok membacanya sehingga dipilih untuk dipaparkan di sini agar lebih ramai membacanya, maka ia sebuah karangan yang berjaya.
    Bakat bercerita sudah luar biasa dan perlu dipupuk agar berjaya menjadi seorang penulis terkenal satu hari nanti.

  19. Betul. Aku setuju. Kita jangan menyekat perkembangan idea kreatif kanak-kanak. Kita kena pandu dan pimpin mereka ke jalan yang betul..

  20. peahjamboo says:

    anak sape la ni….