Archive

Archive for November, 2009

UMNO Takut Doa Nik Aziz?

November 30th, 2009 M.H.M No comments

Haiiii apa lah nak jadi dengan media-media di Malaysia ni. Orang tua Nik Aziz yang lemah tu nak gi haji pun jadi isu. Apa UMNO dah takut ke dengan doa Tok Guru Nik Aziz ni? Kesian orang tua tu. Seperti yang kita sedia maklum atau mungkin sesetengah dari kita tidak maklum tentang hal ini, yang Nik Aziz ni sebenarnya selain daripada menjadi Menteri Besar Kelantan dan Penasihat Utama PAs, beliau juga merupakan tok guru agama di kampungnya. Kalau nama pun dah tok guru, maka mestilah dia ada anak-anak murid. Paham dah setakat ini? Dan menjadi resmi Melayu lah, atau adat ketimuran, atau juga saranan agama, yang guru mestilah dihormati, maka ada la salah seorang daripada ribuan anak-anak murid Tok Guru ni mahu membiayai Haji untuk Tok Guru. Tok Guru mana lah yang tak gembira yang ada anak muridnya sanggup berbuat demikian kan? Tetapi zaman sekarang ni, politik atau media di Malaysia telah mendefinasikan menghargai jasa guru itu di panggil RASUAH???? Kalau macam tu lah, setiap wang yang diberikan oleh anak kepada ibu bapa mereka merupakan rasuah juga lah ye?

GILA. Inilah definasi yang diberikan oleh media kepada anak-anak generasi muda kita sekarang ni. Menghormati guru dan memberi hadiah kepada guru merupakan satu rasuah? Janganlah kamu risau jika kelak nanti anak-anak kamu tidak memberikan kamu wang penghargaan atau menghargai kamu. Jangan lah jua kamu melenting jika ada guru-guru di sekolah tidak dihormati dan dipandang rendah oleh anak-anak murid. Janganlah sampai takutkan doa Tuan Guru Nik Aziz sehingga kita berbuat dosa. Aku bukan lah baik sangat tapi bagi aku, Tuan Guru Nik Aziz tu hanyalah seorang manusia biasa yang tak perlu ditakuti. Jika UMNO benar dan ikhlas, tak perlu lah takutkan sesiapa, takutkan Allah itu yang lebih utama. Aku tak sokong PAS, mahupun PKR, mahupun UMNO. Aku hanya pemerhati bebas yang melihat senario politik di Malaysia. Kalau tak bersetuju, mai habaq aku…

Koleksi Gambar Misteri Sejadah Berdiri

November 29th, 2009 M.H.M No comments

Haiii..banyak la pulak sejadah berdiri baru-baru ni. Kenapa dulu-dulu takde ye. Takpe lah, ada orang nak cari publisiti murahan kot. Apa-apa pun ini la antara gambar-gambar yang telah direkodkan oleh surat khabar pasal sejarah berdiri ni. Mula-mula dekat Kelantan, pastu pegi ke Pulau Pinang. Pastu pergi pulak ke Kedah, sebelum destinasi terakhirnya iaitu Pulau Pinang. Kenapa takde sejadah berdiri kat Kuala Lumpur atau Selagor eh? Fikir-fikirkan lah ye.

Kejadian di Pasir Mas Kelantan

Kejadian di Permatang Pauh, Pulau Pinang

Kejadian di Teluk Yan

Kejadian di Bukit Mertajam

Apa Hukum (Halal Haram) Merokok?

November 28th, 2009 M.H.M 3 comments

Ok. Ni isu hangat nih. Ramai yang masih tercari-cari jawapannya. Ada yang dh jumpa, tapi tak percaya dan pelbagai-bagai. Yelah, mana taknya, korang tanya ustaz A, dia kata rokok tu tak haram. Tapi korang tak caya sebab ustaz A tu sendiri pun merokok, jadi logik la dia kata rokok tak haram. Tapi bila ko tanya ustaz B yang tak rokok, ustaz B tu akan jawab rokok tu haram. Tapi ko tak caya gak sebab ustaz tu memang tak merokok. Kedua-duanya pun korang kata bias. Betul lah tu. Jadi, mari kita sama-sama mencari jawapan apa sebenarnya hukum merokok.

Mengikut fatwa islam dunia pada tahun 1990an, pada mulanya merokok itu MAKRUH. Aah, betul la yang kau dengar tu, merokok tu makruh. TETAPI, menjelang tahun 2000, ulama dunia sepakat menjatuhkan hukum merokok itu HARAM. Sebab apa? Sebab terbukti bahawa merokok tu merupakan pembunuh dalam diam (silent poisoning). Dalam banyak statistik daripada WHO, terbukti bahawa banyak kematian dari kanser paru-paru, mulut, trakea, dan macam-macam lagi disebabkan oleh rokok. Ulama-ulama ini berpegang dengan ayat alQuran dari surah al-Baqarah iaitu lebih kurang “..berdosalah kamu jika kamu memudaratkan diri kamu sendiri..” Untuk keterangan lanjut, lihat video di bawah. Dr. Zakir Naik menjawab persoalan tentang rokok.

Moga kalian semua memperoleh rahmat dan bolehlah bermula untuk berhenti rokok. Rokok kan banyak mudaratnya, kenapa masih degil? Korang boleh terima tak realiti hukum merokok ni?

Manusia Paling Gemuk di Dunia

November 27th, 2009 M.H.M 5 comments

WARGA Britain, Paul Mason yang menetap di Ipswich dinobat sebagai lelaki paling gemuk dunia baru-baru ini. Dengan berat 444.5 kilogram, Mason boleh berbangga namanya kini tercatat dalam buku rekod.Namun, agak memeranjatkan kerana beberapa pihak mendakwa gelaran itu sudah lama diidamkan Mason.

Paling Besar

Cita-citanya itu terdedah tiga tahun lalu selepas beratnya turun 127 kilogram selepas menjalani rawatan di sebuah hospital tiga tahun lalu. Mason, kini berusia 48 tahun memeranjatkan kakitangan hospital apabila menyuarakan rasa sedih kerana beratnya turun kerana beliau ingin sebaliknya berlaku.

“Ketika dibenar pulang, beliau menyatakan sedih kerana tidak lagi berpeluang untuk menjadi lelaki paling gemuk dunia.

“Sebaik tiba ke rumah, Mason memesan pizza, kari dan juga makanan China. Beliau juga kerap dilihat di McDonald memesan makanan dengan menggunakan kerusi roda khasnya.

“Tiada siapa mampu menghentikan Mason daripada makan dan ia amat menyedihkan,” kata sumber hospital.

Dalam usaha memenuhi impiannya itu, Mason makan sekotak Sugar Puffs pada satu masa dan setiap Jumaat beliau akan ke kedai makan pada tengah hari dan petang. Pengurus Bar Nacton Road Fish di Ipswich, Suffolk, Bob Singh Phagura, berkata Mason akan menunggu di kerusi rodanya di luar kedai sementara menanti pelayannya selesai memesan makanan.

Paling Gemuk

“Beliau tidak boleh masuk kerana saiz badannya terlalu besar. Mason akan membeli 10 kali ganda makanan yang dimakan setiap pelanggan. Beliau akan membeli empat ikan kod, dua pai, empat sosej dan enam cip besar bersama dengan sos kari dan kacang dan menelan semuanya dengan dua botol besar air Coca Cola,” katanya.

Hakikatnya, Mason akan makan 20,000 kalori makanan sehari, lapan kali ganda daripada purata 2,500 kalori makanan yang dimakan lelaki biasa. Beliau makan tiga hidang keluarga setiap malam dan seekor ayam panggang umpama pencuci mulut baginya. Akibatnya Mason yang menggantikan warga Mexico, Manuel Uribe, 43, sebagai lelaki terberat dunia menghabiskan lapan tahun terakhir hayatnya di atas katil di rumahnya di Ipswich, Suffolk.

Uribe melepaskan gelarannya itu selepas menurunkan separuh berat badannya, 571.5 kilogram untuk berkahwin tahun lalu. Pada 2004, rekod dunia dipegang warga Amerika Syarikat, Patrick Deuel yang memiliki berat badan 489 kilogram dan warga Britain paling bersat sebelum ini adalah pemandu teksi Barry Austin dari Birmingham yang memiliki berat 413 kilogram.

Yang pasti, ramai pihak kini ingin melihat Mason menurunkan berat badannya, selain mengurangkan perbelanjaan rawatan menggunakan wang rakyat. Laporan menunjukkan pihak berkuasa membelanjakan £1juta (RM5.58 juta) untuk merawatnya sejak beberapa tahun lalu. Kegilaan Mason yang memiliki ketinggian 1.65 meter itu dan kini tidak lagi mampu bergerak turut menyebabkan rumah ibunya dirampas bank selepas beliau tidak berupaya membayar pinjaman kerana wangnya habis dibelanjakan untuk anak lelakinya.

Adik perempuannya, Louise, 43, mendakwa kegagalan Mason mengawal tabiat makannya memusnahkan keluarga mereka dan menyebabkan beliau dan adiknya hilang segala-galanya, terutama selepas ibu mereka, Janet, meninggal dunia enam minggu lalu.

“Bapa, Roy, menyelesaikan pinjaman bank £100,000 (RM558,140) untuk rumah kami sebelum beliau meninggal dunia pada 1986. Namun, ibu terpaksa kembali meminjam bank dengan memajak rumah kami demi membiaya tabiat makan abang. Kini kami hilang semuanya selepas rumah kami dirampas bank kerana ibu gagal melunaskan pinjaman.

“Tiada apa yang boleh diwasiatkan ibu kepada saya dan Judith. Saya masih sayangkan abang tapi saya sedih dengan perangainya itu,” katanya.

Mason kini tinggal di rumah banglo dibina khas untuk golongan obes dan terbaring sepanjang masa di atas katil. Rumah itu memiliki pintu seluas 1.5 meter dan Mason yang pernah bekerja sebagai penghantar surat dan mekanik menerima bantuan £67.50 (RM377) seminggu dan wang sewa rumah. Beliau dijaga tujuh kakitangan Jabatan Kesihatan yang bekerja dalam tiga syif sehari untuk memasak dan membersihkannya. Pelayan itu menelan belanja £100,000 (RM558,140) setahun dan akan membantunya dalam apa jua perkara yang diperlukannya. Mason kini bakal menjalani pembedahan mengecilkan perut bagi menghentikan tabiatnya dan membantunya untuk terus hidup. Pembedahan itu dilapor menelan belanja £20,000 (RM111,623). Bagaimanapun, Louise sangsi Mason akan berubah.

“Saya sedar sepatutnya saya memberi lebih sokongan kepadanya. Namun sebagai manusia biasa, saya tidak dapat berbuat apa-apa jika beliau tidak membantu dirinya sendiri. Hakikatnya, beliau tidak mahu bantuan kami,” katanya.

Sumber: Harian Metro

McChicken Mentah – Periksa Sebelum Makan

November 26th, 2009 M.H.M 3 comments

Pagi ini aku dapat email dari adik aku bertajuk, “check before you eat”. Tanpa ada sebarang penjelasan pasal gambar yang dihantar tu, aku terkesima. Apa yang cuba disampaikan dengan menghantar gambar berger McChicken kat aku ni. Nak buatkan aku lapar ke. Jadi aku pun cuba tengok betul-betul sambil perut aku memainkan lagu Siti Nurhaliza. Wekkkkk rupa-rupanya berger tu tak masak, mentah di dalam. Hmmm apa lagi, pergi saman cepat!

Berger McD Mentah

Kalau lah kes ni berlaku di US ke UK ke, aku rasa dah lama kena saman dah. Since aku tak tahu empunya mangsa McD ni, aku takleh la nak bagi nasihat. Tapi jika ko dapat baca tulisan ni, aku nasihatkan ko gi saman McD. Ko leh jadi kaya oooo. Kalau ko masih simpan resit pembelian tu lagi bagus. Tapi aku rasa, orang Melayu mesti perangai macam ni. “Ala, nak buat camna, dah takda rezeki..” Takleh la macam tu, kita semua kena tahu hak kita sebagai pembeli. Ni terang-terangan dah menipu dan mencabuli hak kita sebagai pengguna.

Berger McD Mentah

Sebagai penutupnya, aku tak cakap jangan pergi McD (walaupun McD ni tersenarai dalam list boycott barangan US/Israel), tapi aku pesan supaya kita tahu hak kita sebagai pengguna dan berhati-hati sebelum makan. Setuju tak? Kalau tak, bagitau aku kenapa ko tak setuju.

Sumber Gambar: Email

Lirik Lagu Bengang Akim AF7

November 26th, 2009 M.H.M No comments

Aku tengah bawak kereta pagi ini untuk pergi ke kerja di Kajang, pastu tiba-tiba aku terdengar lagu ni berkumandang di corong speaker kereta. Best jugak actually lagu si Akim ni.

Lirik Bengang – Akim AF7

Aku bosan dengan cinta mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biar kan diriku terus bersendiri Read more…

Kapten Kit Duta Kebersihan Alam Sekitar Malaysia

November 25th, 2009 M.H.M 1 comment

TV3 kini menampilkan sebuah drama baru untuk tatapan umum, Kapten Kit untuk disiarkan di slot Aksi. Drama terbitan Ace Motion Pictures dan diarah oleh pengarah tersohor Aziz M Osman itu bakal mempamerkan keistimewaannya di kaca TV anda tidak lama lagi. Ia juga dapat menambat hati penonton yang cintakan alam sekeliling dengan aksi-aksi hebat serta lincah.

Kapten Kit membariskan pelakon-pelakon baru yang ingin mengasah bakat dan sekali gus menggilap nama mereka dalam industri lakonan iaitu Asry Azizan, Azie Yahya, Puteri Fateen Nasuha, Munir, Qazem dan Qish. Turut serta mewarnai drama sensasi ini adalah pelakon yang berpengalaman iaitu AR Badul. Kapten Kit bakal pada 23 November ini, setiap Isnin, jam 9 malam. Read more…

Foto Perodua MPV Terbaru – Alza

November 23rd, 2009 M.H.M 9 comments

Satu lagi kejayaan rakyat tempatan Malaysia yang patut dibanggakan dengan pelancaran Perodua MPV terbaru yang dinamakan Perodua Alza. Saya menyambut kejayaan ini dengan fikiran yang sangat positif kerana dengan pelancaran ini, secara tidak langsung Proton tidak dapat duduk senang dengan Proton MPV Exoranya. Proton akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan juga seni reka bentuk kenderaan keluaran mereka. Perodua pula sudah tentu tidak akan mengaku kalah. Mereka juga akan meningkatkan lagi kualiti keluaran mereka. Pihak yang paling menguntungkan dalam konteks ini ialah tidak lain tidak bukan kita sebagai pengguna dan pembeli. Dengan harga yang sama, banyak ciri-ciri keselamatan yang sebelum ini kita tidak pernah terfikir untuk memilikinya. Saya mengganggap peristiwa ini sebagai reformasi ke arah keselamatan dan reka bentuk kenderaan. Jangan kita ditipu lagi oleh pengeluar-pengeluar kenderaan tempatan dan luar negara di Malaysia seperti Toyota dan Honda. Kita mesti tahu apa hak kita sebagai penggunan. Kesimpulannya, syabas Perodua, tidak lupa juga kepada Proton. :)

Perodua MPV Terbaru

Reka bentuk hadapan Perodua Alza yang tidak jauh bezanya dengan Perodua Myvi. Al-maklumlah, mereka kan adik beradik. Jadi, rupa mestilah kena sama kan?

Perodua MPV Terbaru

Reka bentuk belakangnya yang mantap. Memang sangat typical bagi reka bentuk MPV kot.

Perodua MPV Terbaru

Ciri-ciri dashboard yang selamat, terkini dan mantap. Radio berada di atas, bukan di bawah seperti kebanyakkan kenderaan keluaran Malaysia yang lain. Radio mestilah setara dengan tangan pemandu.

Perodua MPV Terbaru

Pemandu boleh menukar volume radio di stereng mereka. Bagus bagus tak perlu lagi terjengket-jengket semasa memandu.

Perodua MPV Terbaru
Sumber: Email

Pemandu Sesat 600km Kerana Tersalah Simpang!

November 20th, 2009 M.H.M No comments

Kali ini aku cuba untuk bercakap Indonesia. Betulkan aku ye kalau salah. Bisa saja ya mas. Mari dengar berita pelik ini!

81 tahun pria Australia menjadi hilang pada pagi hari ketika dalam perjalanan ke toko-toko dan akhirnya dijumpai hampir 600km dari rumah asalnya. Eric Steward (pria yang sesat) mengatakan kepada polisi ia gagal untuk berhenti karena dia memang “suka memandu”.

Lebih dari delapan jam kemudian, setelah mengambil salah belok di jalan raya, ia meminta polisi negara bahagian Victoria untuk bantuan.

“Aku hanya pergi keluar di jalan untuk memandu dengan baik, tenang dan damai. Aku tidak tahu ke mana aku pergi tapi aku tahu itu di suatu tempat, dan dengan sedikit keberuntungan saya pada akhirnya akan menemukan istri saya lagi,” katanya.

Istrinya, Clare, telah menjadi semakin khawatir mengenai pasangannya setelah mencapai dia di handphonenya kerana suaminya itu telah mengidap sedikit demensia (penyakit mudah lupa).

“Dia sopir yang baik. Sangat fokus, aku tahu bahwa banyak. Kami akhirnya tahu di mana dia ketika aku berkata ‘Apakah ada tanda-tanda di sekitar?” Dia berkata, ‘eh, Westgate Bridge’, “katanya dalam referensi Melbourne yang terkenal tengara.

Polisi negara bagian Victoria Clayton Smith mengatakan Mr Steward telah datang kepadanya di sebuah stasiun layanan dan mengatakan kepadanya, ia telah hilang.

“Meskipun kami harus tertawa. Ketika kami bertanya mengapa dia tidak berhenti sebelumnya dia menjawab,” Aku hanya ingin memandu “,” katanya.

Mr Steward tidak peduli tentang semua perhatian, mengutip usia sebagai faktor yang membebaskan dalam petualangannya.

“Ini banyak rewel bukan?” katanya.

“Saat Anda masuk ke 80 dan di luar itu tidak penting banyak. Dia ada di luar sana menunggu untuk kami dan Anda hanya harus menunggu giliran Anda.”

Dia menolak usulan untuk mendapatkan sistem navigasi satelit.

“Kenapa kau ingin salah satu dari mereka? Anda tidak dapat tersesat. Tidak ada kesenangan dalam hal itu.”

Sumber Berita: BBC UK

Gambar Perodua MPV Alza 2009

November 19th, 2009 M.H.M No comments

Amacam? Lawa tak kereta MPV baru dari Perodua yang akan dilancarkan 23 November 2009? Menurut sumber yang boleh dipercayai, nama untuk Perodua MPV ini ialah Perodua Alva. Apa makna Alva tu ye? aku pun taktau. Nanti masa pelancaran boleh la tanya. Tapi dari wikipedia, alva tu merupakan sejenis jenama kenderaan tahun 1920an dahulu yang berasal dari Perancis. Apa kena mengena antara dua. Tapi yang penting namanya ialah Alva. Haha. Gambar di bawah merupakan mukadimah atau preview kepada Perodua MPV baru. Saksikan lah.

Perodua Alza

Korang tanya pasal harga pulak ke? Desas-desus daripada kawan aku yang bekerja di Perodua, harganya lebih kurang dalam lingkungan RM56,000 hingga RM66,000. Kire agak murah la kan (Ke mahal?). Ikut la mana-mana, tapi yang penting, rupa parasnya tampak menawan berbanding dengan Proton Exora.

Perodua Alza

Perodua Alza

Perodua Alza

Sumber Gambar: Paul Tan

Karangan ‘Terbaik’ UPSR

November 19th, 2009 M.H.M 13 comments

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Punca Gangguan Utama Pemandu Di Jalan Raya

November 19th, 2009 M.H.M No comments

Dalam satu penyelidikan yang telah dilakukan baru-baru ini oleh American Automobile Association (AAA) kepada 2501 orang yang berusia 16 dan ke atas menunjukkan bahawa 95% dari sampel yang diselidiki bersetuju bahawa bermain SMS semasa memandu kenderaan adalah perkara yang tidak boleh diterima dan berbahaya. Faktor ini merupakan 5% mengatasi faktor yang sudah lama mengugguli carta teratas penyelidikan itu sejak sekian lama iaitu memandu dalam keadaan mabuk. Faktor-faktor dan penemuan-penemuan lain boleh dilihat daripada infografik di bawah ini.

Sementara itu, dalam penyelidikan lain yang dilakukan oleh LeaseTrader.com ke atas 3000 pemandu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk melihat faktor terbesar yang menyumbang ke atas gangguan semasa memandu kenderaan, 18.3% lelaki setuju bahawa berasa marah di jalanan adalah pengalih perhatian utama, sementara bagi perempuan, anak-anak dalam kenderaan mereka adalah faktor yang paling menganggu. Kita dapati bahawa bermain SMS semasa memandu kenderaan masih menjadi faktor utama gangguan untuk pemandu. Ini secara tidak langsung memberi jawapan kepada kita bahawa faktor ini antara penyumbang terbesar kepada penyebab kemalangan jalan raya. Read more…

Related Posts with Thumbnails