Pemenang Pilihanraya Bagan Pinang Port Dickson

Umum sudah mengetahui bahawa UMNO dibawah jentera Barisan Nasional (BN) telah memenang kerusi DUN Bagan Pinang di Port Dickson dengan kemenangan besar majoriti 5432, meningkat hampir 110% berbanding kemenangan pada pilihanraya umum yang lepas. Tahniah diucapkan! Walau dirinya tercalon dalam situasi ditentang hebat oleh banyak pihak (termasuk Tun Mahathir), Tan Sri Isa masih lagi gah untuk mencapai kemenangan.

Aiii, apa la nak jadi dengan Malaysia sekarang ni ye, calon yang terkenal dengan rasuah terang-terangan boleh menang. Saya tidak mempertikaikan kemenangan beliau sebab majoriti 5432 itu lagi tinggi dari nilai jangkaan 4000 undi dari tentera. Jadi kira menang bersih la. Walau takda undi pos tentera pun dia tetap menang. Tapi yang saya sedih, bagaimana calon sebigini boleh menang. Maka saya kira betullah cakap beliau sendiri di Berita Harian yang kemenang beliau ialah kerana tiket BN, bukan dirinya. Aduh Saliha! (tak kena mengena langsung dengan topik hahahaha). Jom kita semua reflek balik diri kita ni dan undian kita. Sebab apa kita mengundi dan untuk apa. Sedangkan yang jelas pun boleh kita tertipu, inikan pula yang besar. Yang penting sekarang ni, marilah kita semua sama-sama mendaftar undi. Ni banyak sangat orang-orang muda tak mendaftar lagi. Kalau tak mahu melihat Melayu mengemis di negara sendiri, maka bertindaklah sekarang. Mari mari mari….

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Add your comment

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com

CommentLuv badge

 



Comments

  1. Ugh, I liked! So clear and positively.
    Have a nice day
    Joker

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ’0 which is not a hashcash value.

     — 
  2. Pingback: aduh saliha