Gambar Sejadah Berdiri @ Bersolat
Ini merupakan gambar yang dirakam oleh seorang rakan saya pada jam 10.00 pagi (2/10/09). Dah lama dah kisah ni. Kisah gambar-gambar sejadah kuning atau oren berdiri sendiri atau macam sedang solat. Rakan saya ada offer masa bagi email kat saya tu yang sesiapa berdekatan nak lihat dengan mata kepala sendiri dipersilakan. Masuk aje Taman Haji Mohd Amin, Jalan Nipah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.. tengok orang ramai kat rumah teres tu dan pergilah lihat sendiri. Tuan rumah hanya sedar keadaan ini malam tadi lebih kurang jam 9.45 malam 1/10/09. Dikatakan mereka suami isteri keluar sebentar ke ruang tamu dan apabila si isteri kembali dia terkejut sejadah itu berdiri. Adakah ini cerita dongeng yang direka-reka dan dibuat-buat atau hanya publisiti murahan? Tapi perlu diingat kita sebagai umat Islam dalam rukun iman perlu mempercayai perkara-perkara ghaib. Pendirian kita hanyalah jangan extreme ke mana-mana haluan, iaitu sangat percaya atau sangat tak percaya. Dok tengah-tengah je. Wallahualam. Di bawah adalah gambar yang dihantar kepada saya.









Recent Comments